Rezeki Takkan Salah Alamat

Bismilahirahmannirahim,Alhamdulillah dengan pinjaman nyawa dari yang Maha Esa.Hari ni datang keja sunyi ya amat.Ramai yang dah bercuti disebabkan cuti umum yang panjang hujung minggu ni.Aku tidak mengambil cuti sebab perantau macam aku ni kalau tak ada duit memang duduk rumah je.Namun syukur ku panjatkan kehadrat Ilahi kerana rezeki untuk hidup dan makan 😃.Ada juga yang bertanya apa aktiviti cuti panjang aku jawab keluar masuk bilik air je he3.Yalah nak plan pergi mana-mana pun bukan ada kawan kat sini saudara lagi lerrr jadinya kita habiskan masa dengan manafaat dirumah je.Lagipun banyak keja nak buat dirumah tu kihkihkih.


    Alhamdulillah ada order untuk biskut dan kek, blh aku bernafas lega bulan ni.Pernah ada orang yang bgtau kat aku rezeki tu takkan salah alamat.Mula bila aku dengar aku agak geram sebab masa tu aku berniaga biskut ada juga orang lain yang berniaga dikomuniti kecikku.Aku terasa rezekiku dijaras.Namun aku ni dah salah faham dengan apa yang dicakapkan sebenarnya betullah tu Allah dah tentukan rezeki kita dan ianya takkan salah alamat.Aku ni memang cepat sangat nak salah faham yang membuatkan diri sendiri tak tenang.Alhamdulillah setelah melalui saat genting bulan ni aku belajar untuk betul2 bertawakal pada Allah tentang rezeki ni.Bulan ni bayangkanlah sampai duit tabungku kering sama sekali Allahu sampai macam tu sekali.Namun bulan depan ni aku akan belajar berjimat dan nak beli periuk nasi.Syukur pada Ilahi pada rezekinya 💛💛💛


Comments

Popular Posts