Insurance

Bismilahirrahmannirahim,Alhamdulillah dengan kurnian Iman dan Islam buat pendosa ini.Syukur kerana ada insan yang buat diri ini rasa dihargai.Syukur jua kerana walau duit syiling pun dah habis Allah tetap memberi rezeki padaku.Semalam cuti sebab ambil ubat kat dua tempat,bila pergi ke HUKM ubat aku hanya boleh bertahan 2 minggu saja atas alasan ubat tak ada stok.Hati mula rasa tidak puas hati.Adakah ini tandanya kerajaan memang dah nak bankrap Allahuakbar semoga diri ini dan keluarga ku dilindungi.Itu pasal ubat,hari ini pasal insurance pulak.Aku ini selain dari insurance keta aku memang tak nak terikat dengan mana-mana insurance ,entah bagi aku, aku tak boleh tengok apa untung ambik insurance ni.


     Hari ni ada sekumpulan rakan-rakan kat pejabat pergi ke ibu pejabat katanya ada taklimat pasal kebajikan staff tapi rupanya bercerita pasal insurance.Hal ini memang ada disuarakan dalam mesyuarat hari tu tapi sapa nak ambik sebab masing-masing ada insurance sendiri.Kali ni diaorang ni nak buat wajib pulak potong gaji.Allah kerajaan memang dah tak ada duit sangat ke.Setahu aku sebagai penjawat awam ,kami memang sudah disediakan insurance sebab tu kalau nak kemana-mana atau cuti ke kena atas pengetahuan pihak pengurusan supaya apa-apa jadi sewaktu kita tak ada ataupun sewaktu perjalanan ke pejabat kita dilindungi.Jadi untuk apa nak wujudkan insurance lain.
Aku sendiri sedikit bengang dengan situasi tadi,siap kawan aku cakap kalau aku kemalangan sapa nak cover..Allah itu memang aku serah 100% dengan Allah.Bukan saja-saja tak nak tapi bila menyentuh bab duit yang hanya cukup-cukup orang cakap aku mengambil sikap tak nak pada insurance.Kalau memang ada extra pada gaji tu takpelah ni nak sampai hujung bulan pun kadang sampai kadang tak.Nak buat extra income Allah nak niaga ni faham sajalah kadang adalah untuk makan kadang tu ermmmm faham-faham sajalah.


     Harap pasal insurance ini tidaklah pihak atasan nak berkeras sangat dan berharap sangat memahami kami ni yang dah macam kais pagi makan pagi kais petang makan petang.Namun aku bersyukur dan tidak mahu lagi menambah hutang.Cukuplah ada duit untuk kehidupan seharian dan mudah-mudahan mampu untuk selesaikan hutang ku In Syaa Allah...


Image result for gambar memberontak

Comments

Popular Posts