Kuat Untuk Satu Amanah

Bismilahirrahmannirahim,Alhamdulillah dengan kurniaan Islam dan Iman buat pendosa ni.Syukur dengan nyawa yang diamanahkan ni.Walau rasa sesak macam mana Allah masih memberi nikmat nyawa buatku.Nikmat yang tidak harus aku dustakan.Hari selasa lepas ot ku baru masuk,Alhamdullillah dapatlah beli gas,Allah menguji lagi dimana bila bangla tu pasangkan gas dia ok je.Bila aku nak cuba pulak gas dia tak keluar,Allah aku dah mula panic dan rasa geram, aku terus rasa tak mampu nak berhadapan dengan apa lagi masalah yang datang.Aku keluarkan tong gas tengok macam kepala gasnya longgar,mulanya aku try sapukan air sabun kat hos gas tu sebab takut ada bocor so far ok tak ada gelembung yang keluar.Kalau ikutkan selama ni aku memang takut pada tong gas ni selalu imaginasi ku nampak gas ni meletup.Kali ni lain pulak akibat geram aku berani buka dan pasangkan balik kepala gas tu beberapa kali pun tak ok jugak.Akhirnya aku tinggalkan sebab nak bawak kawan ku pergi melawat suami dia dekat ppum.Dalam kecelaruan aku terpaksa tenangkan diri ku dalam hati Allah je yang tahu.Sempat juga membebel sendirian sungguh waktuku rasa sangat down.


         Balik malam tu aku tawakal je kalau ada rosak pada tong gas atau dapur aku kena reda.Duit ot bukan banyak pun habis beli gas habislah duit,kena sabar tunggu minggu depan pulak minggu gaji.Aku pun tak mahu nak menyusahkan sesiapa dan tak mau dah nak berhutang pada sesiapa sebab aku tahu aku tidak mampu.Hutang yang ada pun aku tak mampu nak bayar lagi.2-3 hari agak sibuk dengan persiapan sebab tempat keja menerima lawatan dari Singapore jadi persiapan dia ermmm mengalahkan nak menerima menteri datang.Syukurlah malam tu gas aku ok dan tak ada bau gas bolehlah masak nasik dan makan telur goreng ,syukur walau sekadar telur.Hati ni teringin nak makan ikan apakan daya mampu telur je 😌.Duit dah habis settle kan gas nak beli telur untk makan,tinggal duit syiling je lagi.Memang aku perlukan kekuatan bulan ni.Adakala aku jadi down sangat tapi bila aku fikir balik aku perlu kuat untuk satu amanah yang diberikan.Teruskan kehidupan dengan yakin Allah sentiasa melihat kita dengan penuh kasih sayang.Percaya yang kehidupan ni tidak lah seteruk org lain.Aku masih ada tempat perlindungan ,aku masih mampu untuk ketempat keja walaupun disebaliknya aku tidak ada duit he3.Takpelah boleh jadi kurus jangan sakit je.


        Aku tak perlu untuk memikirkan benda yang tak tahu jadi ke tak.Jadi hidup je macam biasa walau tidak dapat melegakan stress dengan pergi shopping he3.Ya Allah sepenuh hidupku aku serahkan padaMU.

Image result for gambar baby comel

Comments

Popular Posts