Salah yang Dirasakan Betul

Bismilahirahmannirahim,Alhamdulillah dengan nikmat Iman dan Islam yang dikurniakan.Alhamdulillah dengan kehidupan yang telah diberi dengan nikmat-nikmat yang tidak terhingga.Jarang-jarang dapat menulis dalam blog ni.Nak kata sibuk hidup ni cmbiasa je kihkihkih.Nak kata hidup yang tertekan sangat aku dah lali dan anggap apa yang berlaku macam angin lalu je.Cuma baru-baru ni aku jadi mengamuk gara-gara sorang rakan sekerja yang boleh aku katakan bodoh tak bertepian.Allahuakbar tak pasal-pasal kerana dia aku dah buat dosa kering.

Benda dah banyak kali jadi,masih kesalahan yang sama dibuat.Lebih teruk lagi aku dikatakan suka cari salah.Aku sendiri tak faham kalau aku memang suka cari salah every litle thing aku akan upkan.Budak ni setiap kali fail yang dia confirm ada yang salah.Aku pun tak faham dah memang salah kenapa nak juga cakap benda tu betul.Benda memang dah ada peraturan dan jalan kerja yang telah ditetapkan bukan aku ni jenis suka-suka nak buat benda yang aku cipta sendiri.Aku sampaikan fikir aku ke buat salah dan  akhirnya aku ambik jalan aku buat benda yang budak tu tak nak buat.

Benda ni aku rasa marah,benci,geram dan akhir sedih bila timbalan ditempat aku bekerja nampak sangat cari salah aku.Argue bagaimana pembahagian klien kepada kaunseling aku buat sedangkan benda tu aku dah explain bila diaorang baru masuk ditepat aku keja lagi.Waasap didalam group kerja yang semua orang baca macam tak profesional dan memang tak profesional pun.Apa-apa pun sebagai ketua yang dah belajar tinggi mesti boleh berfikir secara rasional dari aku yang hanya pangkat rendah ni.Sedih dan aku rasa dianiaya.Aku dpat tahu budak yang cari hal kat aku tu memang dah jilat habis pihak atasan sampaikan pihak atasan dengar cakap dia dan sangggup argue keja.Kalau sekalipun nak argue dan ada kaedah baru cakap.Aku ni pelaksana aku akan buat ,bukan aku nak buat keras tetap dengan apa yang aku rasa betul.Kalau dah salah aku terima dan betulkan.Ni tak sampai sanggup jumpa ketua aku dan cakap diri tu bagus dan orang lain tak bagus.Pleaselah kalau sekalipun kita nak tunjuk kita boleh buat keja yang salah tetap salah jadi perbetulkan.Jangan buat keras dan rasa diri tu betul.Kalau kata nak perbaiki diri yang pertama sekalu bila kena tegur sangguplah terima dan ubahlah.Satu lagi ringankan mulut tu ucapkan maaf tak jatuh pun nilai kita.Kihkihkih walaupun aku ni pun agak susah nak maafkan orang masih dalam proses belajar namun aku tak degil dengan pendirian aku.

Dalam bekerja memang kadangkala kita rasakan arahan orang atasan tak sesuai dengan kerja kita namun siapa kita nak keraskan diri untuk tidak buat keja yang diarahkan.Diaorang dah digajikan untuk memberi arahan pada kita so sebagai orang bawah ikut jelah.Nak orang berlembut sebab kita dikatakan kita ni bersifat manja siapa dia aku nak hormat sampai macam tu sekali.Kami ni sama je pangkat kalau rasa nak orang berlembut dan hormat kat kita pernah fikir tak kita ni buat camtu jugak kat orang.Satu lagi kalau ada arahan dari atasan yang melibatkan orang lain pleaselah bagitau kita keja berpasukan bukan keja sorang-sorang.Kerja yang saling berkait jangan dek kerana kita nak dapat Anugerah kita bodek bos kita pijak kawan.

Aku masih tak boleh move on sebab dia aku dipanggil oleh bos paling tinggi dalam jabatan aku dek kerana bodek itu.Apa yang buat aku cukup sedih sebab aku yang kena berlembut dengan budak tu sedangkan yang salah dia kenapa aku pulak kena berubah kenapa bukan dia.
Apapun apa yang aku belajar kali ni aku malas nak ambik peduli je lepas ni.Kalau dia salah biarlah aku betulkan dan biarlah dia hanyut dalam kesalahan tu sebab itu yang dia nak.

Ya Allah aku hamba Mu yang penuh kelemahan dan sentiasa nak melakukan yang terbaik.Bantulah aku dengan rahmat dan berkat Mu.


Image result for motivasi kerja

Comments

Popular Posts