Merdeka...Hari Wukuf......Raya Korban.....

Bismilahirahmannirahim,Alhamdulillah dengan kurniaan Iman dan Islam buat diri pendosa ini.Syukur kerana rezeki sihat dan rezeki nikmat yang tidak berbelah bagi.31.08.2017 Hari Kemerdekaan Malaysia yang Ke-60 hari ni.Aku sebagai pekerja kena keja hari ni syukur sebab kat rumah pun tak ada banyak benda nak buat.60 tahun bukan satu jangka masa yang pendek namun ianya satu jangka masa yang panjang buat negaraku mencapai kemerdekaan dari penjajah.Syukur hidup dinegara yang ada segala walau dalam keadaaan ekonomi dan kos hidup yang semakin tinggi.Kena bersyukur kerana diri ini dan rakyat yang lain hidup dalam keadaan yang lebih baik dari negara lain.Alhamdulillah,cumanya agak sedih bila melihat generasi selepas 60 tahun merdeka ni masih lagi jahil dan buat-buat tak tahu.Semoga golongan ini akan mendapat hidayah dan petunjuk dari Ilahi.Merdeka dari segi Negara namun masih ramai yang belum merdeka pada dirinya sendiri.Semangat sayangkan negara dan perpaduan jua makin berkurangan dek kerana tamak dengan kekayaan dunia.Aku berdoa dan berharap diriku dan rakyat yang lain akan lebih maju dan lebih bertamadun.


     Itu cerita merdeka tahun ni yang juga selang sehari untuk kita menyambut Aidiladha,hari ini ada hari wukuf dimana doa dikatakan sangat mustajab.ermmm kena yakin dan bersangka baik,usaha selebihnya itu ketentuan Ilahi yang lebih baik.Tahun ni dah masuk tahun ke-5 tak balik Raya Haji.Bukan tidak memandang perayaan ini satu kebesaran tapi tuntutan wang dan keja membuatkan aku terpaksa raya sendiri.Setiap tahun merancang untu memasak namun tak pernah menjadi.Harap esok jadilah plan aku nak masak ni.Bukan untuk sapa pun untuk diri sendiri je.Terkenangkan Raya Korban ni,aku terasa amat cemburu melihat rakan-rakan yang sebaya saban tahun boleh menunaikan ibadah haji.Rasa teringin hendak menjadi tetamu Dia membuak-buak tapi ada rasa takut kerna dosa yang ada.Namun Ya Allah aku tetap ingin menjadi tetamuMu In Syaa Allah.Setiap kehidupan pasti ada pengorbanan untuk menjadi yang terbaik dan paling penting bila kita mengorbankan keseronokan dunia demi keredaan Allah.Allahu mampukah aku.


Related image
fenomena hola diKuching hari ni

   



Comments

Popular Posts