Jin @ Syaitan @ Diri Sendiri

Bismilahirrahmannirahim,Alhamdulillah dengan segala nikmat dari yang Maha Esa.Syukur bertemu Jumaat yang sungguh dingin ni.Hujan rahmat kalau ikutkan hati aduiii sedapnya tido he3.Tengok tajuk cm seram ke atau rasa geram ermmmm.....retentan dari salah sorang penghuni kat tempat aku ni kena rasuk...Tadi saja pergi ketempat kaunselor sebab nak sahkan sorang penghuni siapa kaunselor dia.Lepas tu dengar cerita ada PRS yang meracau disebabkan kes penghuni yang kena rasuk ni.


     Kes penghuni ni bermula dari sabtu lepas,sabtu yang aku habis gas memasak tu 😁.Budak ni mula rasa ada yang menganggu.Mula ingatkan dia sedih sebab ada penghuni lain yang dah bebas tapi dia tak lagi.Jadi aku ni diarahkan tengok dia macam mana.Pergi tengok dan jadi pakar nasihat sekejap walaupun dalam diri ni pun serabut.Aku bagilah macam-macam nasihat dan apa yang perlu dia buat.Tup-tup hari ahad dia start dengan menari mak yong.Masa tu dah semangat nak turun tapi bila aku rasa pelik tak berani pulak aku nak turun.Seram jugak,pastu hari isnin nya ok je budak ni.Bila hari selasa aku keja petang,dia jadi ngam-ngam hampir dengan magrib.Allahuakbar aku ni ada sejarah jugak benda-benda gini dan jujur aku cakap aku memang lemah semangat.Tapi Allah bagi kekuatan untuk aku berdepan jugak dengan situasi ni sebab tanggungjawab semasa bertugas.Natijahnya aku memang tak boleh tido malam.Itu malam yang aku bertugas malam selepas tu dia kena lagi teruk aku memang tak berani nak turun namun rasa bersalah aku pada pegawai yang turun tengok tu buatkan aku tak tido semalaman.Natijahnya aku masuk keja lambat semalam.Alhamdulillah budak tu dah bebas semalam,hari ni dengar PRS yang duduk sebelah asrama pulak yang kena.Kesian juga sebab dia ada anak kecil tapi tulah itu terjadi sebab diri sendiri jugak berani sangat sebab malam last budak tu PRS ni ajak bertentang mata.Kita bila tak ada ilmu jangan berani sangat dah hari ni dia pulak yang meracau.Ustazah yang ada ilmu hari tu ajak budak ni bertentangan mata budak ni tak nak sebab tahu ustazah ni ada ilmu kan.

       Bila sebut pasal ustazah dan ustaz yang merawat pulak aku ni rasa  geram pun ada.Boleh diaorang ni merawat tapi tergantung atas alasan budak ni kena sihir dan tak boleh dirawat dalam kawasan.Oklah aku faham keadaan tu tapi diaorang boleh tinggal macam tu aje tak ada nak pesan kat orang yang dok keliling apa yang patut buat lepas tu.Ustaz kita ni lemah semangat aduyai mintak buat kan air dia buat bodo je.Ermmm mungkin ustaz tu takut kat yang ada kat aku kot......he3.Malam tadi pun payah jugak nak lelap macam biasa tapi yalah aku dok sorang jadi nak harapkan siapa.kena beranilah.


     Aku berani cakap sebab aku pernah kena,tapi yalah nampak macam orang tak percayakan aku dan masih cakap jin tu kuat lagi.Allahuakbar kena ingat dia pun Allah yang ciptakan.Memang diri sendiri yang kena kuat sebab orang keliling tidak akan membantu pun.Penghuni tu agak beruntung sebab ramai yang nak ambil peduli...aku?Terus hilang kawan atas sebab takut hantu kat aku ni p bunuh diaorang...ermmmm bukan ke ajal dan maut itu ditangan Allah kalau jin @ syaitan ada kuasa mesti ramai yang dah mati kerna diaorg.Entahlah mungkin ada silapnya pada diri sendiri.Itulah dalam berdebat hal budak ni aku sedikit beremosi dan semasa itulah tak habis sembang aku ditinggal begitu saja.ermmm nampaklah tak suka tapi jangan tunjuk gitu.Mana akhlaknya ,status kaunselor tu...takpelah anggap saja aku yang salah...jadi hanya dalam ni tempat aku untuk meluah.


      Banyak sudah aku belajar apapun situasi apa pun kejadian dalam kehidupan hanya kita sendiri yang boleh menolong diri kita.Lagi-lagi kalau kita ni tak punya apa lagilah orang tak pandang pun kita.Andai kita ni sorang yang ada-ada atau keluarga kita atau suami kita orang ada-ada tengoklah orang baik ngan kita walau pun peragai kita buruk he3.Wallahuamlam....semua hikmahnya dari Allah sentiasalah mohon perlindungan dariNya.

Image result for gambar jin lucu

Comments

Popular Posts