DUIT OT ..... GAS MEMASAK.....MINYAK PETROL....

Image result for gambar kek harijadi
sedapnya

Bismilahhirahmannirahim,Alhamdulillah dengan kurniaan Islam dan Iman buat pendosa ni.Minggu yang agak tough sikit mula dari sabtu yang lepas.Ok sebelum tu nak cerita birthday hari tu mak malam dah call wish sebab takut lupa itu yang buat hatiku terharu.Kawan-kawan ermmmm biasalah takkan kita nak paksa org igt birthday kita.Alhamdulillah aku buat sedekah sikit.Aku lupakan masalah yang ada.Namun sabtu  pagi nak sarapan gas memasak pulak habis..aduyai duit dah lah memang tak cukup sampai akhir bulan tapi tulah dengan sapa nak mintak bantuan memang harap bantuan 100% dekat Allah.Bulan selepas raya memang banyak yang kena beli pastu dengan berniaga pun tak berapa nak laku jadi nya ermmm paham saja keadaannya macam mana.

  Kisah sabtu tu aku cuba jugak mengadu kat kawan yalah maybe hati ini mengharapkan pertolongan yang akhirnya kawan tu senyap macam tu je.Aku tak salahkan dia yalah sapa nak bantu kalau  setakat kawan biasa je.Siapa nak percaya kita betul-betul tak ada duit.Aku tenangkan diri yang mula serabut...Alhamdulillah aku boleh melepasi jiwa yang sakit.Akhirnya aku masak guna periuk nasi je.Syukurlah aku masih mampu makan lagi.


       Masuk minggu bekerja,aku set dan berharap duit ot akan masuk minggu ni dapatlah aku beli gas dan buat belanja sikit.Duit ot pun bukan sampai seratus ringgit tapi syukurlah kalau masuk minggu ni.Tapi ada tapinya,dengar ada yang hantar lambat jadi errmmmm faham sajalah.Sabar nak buat cmne aku kena pasrah je.Memang kali ni totaly pada Allah aku bergantung.....rezeki takkan salah alamat.Kalau tak ada aku nak buat cmne kena lah berlapar sampai gaji masuk..:( Sapa nak faham kan tunggu jelah Allah tu bagi bantuan.


 Itu kisah gas yang dah habis,minggu ni pulak dah dapat tahu minyak pun naik harga...nak marah nak sedih...bukan aku yang kontrol dunia ni aku hanya mampu melihat dan mendengar  sahaja.Bukan tak usaha nak cari rezeki lebih.Terutama nak bayar hutang-hutang orang aku tak ada niat pun tak nak bayar tapi untuk aku sendiri pun tak cukup.Nak tergelak pulak kita ni ada kawan msg nak pinjam duit Allahuakbar kita pun nyawa-nyawa ikan.Hanya mampu bertahan je ni.


     Apa pun kisah ,aku bersyukur Allah bagi rasa tenang buat ku.Ya kali ni aku mesti kuat dan yakin hanya Allah yang boleh membantu.

Comments

Popular Posts