Almost Shut Down

Bismilahirrahmannirahim,Alhamdulillah dengan kurniaan Iman dan Islam buat pendosa ini.Hari ni hari keja yang aku lalui macam biasa.Ingat Sabtu lepas bekerja aku nak menulis jugak tapi itulah kita hanya mampu merancang dan perancang terbaik adalah Ilahi.Sabtu bekerja aku dilanda demam, dah dua tiga hari juga asyik rasa sejuk tapi aku gagahi dalam memenuhi tuntutan kehidupan.Jumaat malam aku dah rasa sejuk lain macam,pagi sabtu badan dah panas kena datang keja jugak sebab sapa nak ganti last minute macam tu.Gagah jugak bangun , mandi dan pergi kerja.Sungguh aku tak larat hanya mampu baring di asrama dan berharap hari tu berjalan dengan lancar.syukur juga tak ada apa yang berlaku.Tamat waktu bertugas nak balik pun aku minta tolong kawan hantarkan walau dalam hati aku rasa bersalah sebab dah susahkan dia tapi sungguh aku tak larat.

   Balik rumah aku gagahi juga masak bubur sebab nak makan ubat.Lepas makan ubat terus tak sedar tido dan aku mula berpeluh.Rasa ok sikit tapi bila kesan ubat tu habis panas ku naik balik kenalah makan ubat balik tido balik terkejut pun sebab kakak bawah ni call tanya nak pergi klinik ke segan pulak nak cakap duit tak ada,hanya mampu cakap aku dah ok walau keadaan sebenarnya Allah pengsan.Terkejut dengan panggilan tadi aku terus pg mandi.Segar sikit dan boleh makan walau badan masih lemah.Aku teruskan aktiviti tido dalam tido tu aku mimpi yang sangat aneh.Aku mimpi ular hitam yang banyak dan dekat satu kuil Allah apalah maksud mimpi aku pun tak faham.Pagi bangun macam biasa nasiblah ahad cuti memang aku habiskan masa rehat ,rumah memang macam tongkang pecah aku memang rasa tak larat sebab panas badan on and off. Reda dengan segala UjianNya sebab aku pasti ada hikmah disebalik Ujian ini.

      Hari ni datang datang keja pun aku rasa lemah sebab semalam tak leh tido aku fikir mungkin sebab siang aku dah tido banyak tapi sebaliknya aku rasa sakit kepala bila lelap aku mimpi yang bukan-bukan.Kali ni aku mimpi buaya yang banyak dan di tokong cina.Allahu apalah makna,andai kata keburukan jauhilah Ya Allah sungguh aku tidak mampu untuk menghadapinya.Ada sedikit kesdihan dihatiku sebab bila aku nak share aku rasa tidak dipedulikan.Seperti biasa tiada siapa yang boleh membantu.Hampir aku rasa nak shut down saja Allah aku tak patut rasa putus asakan.Sungguh rahmatMu luas tapi aku lapar Ya Allah 😢.Kat sini siapa yang nak ambik peduli semua orang pada dasar nampak rapat tapi semuanya penting diri sendiri.Setiap kali waktu lunch tidak akan ada yang bertanya kita ni akan makan apa.Mimpilah,kalau ada kepentingan baru orang cari kita.Allahu ampunkan dosa hambaMu ini.Sungguh besar UjianMu aku bulan ini.Tapi aku mesti kuatkan walaupun tak makan sekali pun selagi ada nyawa dikandung badan aku harus kuat dengan amanahMu.Jangan biar orang tahu apa masalahku.Ya sebab orang tahu pun tidak akan ada yang membantu kecuali dengan rahmatMu Ya Allah Ya RahmatMu.Tanpa itu hidup ini akan tetap begini dan terus begini.Ya Allah aku benar memerlukan rahmat dan kasih Mu ampunkan aku Ya Allah

Related image
dahlah lapar he3

Comments

Popular Posts