Hati yang Harus Aku Pujuk

Bismilahirahmannirahim,Alhamdulillah untuk nikmat yang tak pernah putus dari Ilahi.Syukur dengan nafas yang telah dipinjamkan kepadaku.Hari ni baru ada masa nak mencoret sesuatu,kena batuk dari hari sabtu lepas tapi Alhamdulillah dah ok sikit.Kerap jugak sakit kebelakangan ni,mungkin sebab stress,namun hidup mesti aku teruskan walau banyak mana pun UjianNya.Alhamdulillah aku berjaya mengharungi saat-saat gering he3.Benda tu buat aku takut nak belanja walaupun banyak benda yang aku kena topup kat rumah.Namun kena belajar menahan diri, guna yang mana ada je.Alhamdulillah kehidupan seharian dilalui macam biasa cuma hati ni sedikit ada rasa benci,geram dan marah.Allahuakbar cmne nak pujuk ni.....


     Minggu ni ramai rakan sekerja mengambil cuti yang panjang disebabkan cuti umum merdeka dan Raya Haji.Sedikit terkilan dengan pihak atasan kerana memberi cuti hampir kesemua staff yang ada dan yang tinggal jadi sedikit kelam kabut sebab yang bercuti tidak updatekan keja diaorang.Ni yang buat aku bising semalam dan akhirnya aku yang nampak jahat.Geram je rasa hati ni,aku dah tanya elok-elok boleh pulak aku ni dituduh macam-macam makanya naik anginlah aku.Aishhhh nasiblah boleh sabar lagi dan akhirnya hari ni aku malas nak ambik kisah sangat buat mana yang mampu je.Aku walaupun cuti panjang raya lepas aku updatekan semua keja aku supaya orang yang tidak bercuti senang nak refer keja aku.Itu pun tak ada org nak tolong bila part keja aku semua akan aku selesaikan lepas balik bercuti.Takpelah aku faham yalah keja orang sapa nak buatkan.Namun yang jadi aku marah bila mana keja diaorg tak siap aku yang kena...aduiii pening kepala dibuatnya...Memang nak kena bersabar to the max.itu pasal cuti yang panjang ni.


     Cuti yang panjang ramai yang ambik kesempatan untuk berkahwin dan banyak majlis lain.Aku macam biasa akan terasa kalau part-part kahwin ni.Kali ni rakan sekerja yang kahwin itu yang ramai cuti sebab nak pergi ke majlis budak tu.Aku juga masih macam ni sendiri dan kesepian arghhhh sabar dan terus bersabar...kadang hampir kalah nak memujuk hati.....ni part yang nak kawen part bila aku dengar yang dah kawen bergaduh dan si suami masih terima lagi isteri yang curang pun buat aku berfikir panjang,aku tak ada pun lelaki yang nak bersungguh yang ada semua bernafsu semata nak jadikan aku teman dan sabahat dan sekaligus isteri ermmmm entahlah hanya mampu bersangka baik ...Allahu....


   Cemburu aku yang buat hati ku sakit....cemburu kerana kehidupan aku tidak seperti org2 yang sentiasa dikelilingi kebahagian...yang tidak bersyukur pun masih Allah bagi peluang...kadang aku terfikir teruk sangat ke aku hinggakan Allah aduiiii ni part aku susah nak pujuk hati ku sendiri..
Ya Allah ampunkan sangkaan dan pemikiran aku,sungguh aku sangat lemah bila masuk bahagian hati ni...sentiasa mengharapkan kekuatan dan rahmatMu...

Image result for gambar baby

Comments

Popular Posts