Harapan dan Doaku Hari Ini

Salam Khamis
‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
10 Ogos 2017
17 Zulkaedah 1438H
‎بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
‎اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
Dengan nama Allah yg Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Selawat dan Salam ke atas Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. keluarga dan para sahabatnya.
Ya Allah selamat kami dari api neraka dan masuk kami ke Syurga Firdaus Mu.
Ya Allah masukkanlah kami dan keluarga kami dlm golongan orang2 yg beriman.
Ya Allah jadikan hati kami lembut dlmm menerima kebenaran. Ya Allah jauhkan diri kami dari perbuatan yg akan mengeraskan hati kami, mudah-mudahan amal ibadah kami diterima disisiMu.
Ya Allah jauhkan kami dari melakukan dosa dan maksiat. Jadikan kami sbg hambaMu beriman dan beramal soleh. Mudah-mudahan hidup kami sentiasa breada dlm rahmat dan bimbinganMu.
Ya Allah, kurniakanlah pd kami kematian yg diberkati. Izinkan kami mengucapkan syahadah sblm kami menghembuskan nafas terakhir kami.
Ya Allah, satukan kami dlm Syurga Firdaus dgn org2 yg kami sayangi semata2 kerana Mu Ya Allah.
Ya Rabb, sempurnakan agama kami dan ibadat kami. Selamatkan kami dpd kejahatan dan izinkan kami menyempurnakan sebahagian dpd agama kami.
Ya Allah terimalah amalan baik kami dan tingkatkan pahala dan rahmat utk kami. Padamkan dosa-dosa kami dan ampunkan kami sepenuhnya.
Ya Allah limpahi rahmatMu untuk kami dan selamatkanlah kami dari kehinaan pada hari hitungan amal nanti.
Ya Allah, masukkan kami dlm golongan yg Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan Mu pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.
Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkal kami padaMu. Jgnlah ada keraguan dlm kepercayaan kami dlm keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.
Ya Allah tingkatkanlah kecintaan kami utk Mu dan Nabi Mu (saw).
Ya Allah ampunilah kami dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu keatas kami.
Ya Allah ya Rabb, sucikan niat kami hanya utk Mu semata dan lindungi kami dari menunjuk-nunjuk.
Ya Allah selamatkan kami dari sifat angkuh, sombong dan mengungkit ungkit ke atas pemberian dan dugaan Mu.
Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah kami dari golongan org2 yg sabar dan patuh kpd Mu.
Ya Allah, berkati hidup kami dgn kesihatan yg baik, agar kami dpt bersujud pdmu dgn mudah sehingga akhir hayat kami.
Ya Allah selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bg kami mengharungi zaman yg sukar ini.
Ya Allah Ya Tuhan kami berkati hidup kami dgn yg terbaik di dunia ini, yg terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah kami dari api neraka. Sesungguhnya kami memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.
Ya Allah tingkatkanlah kesyukuran kami semata-mata kpd Mu.
Ya Allah lindungi kami dari syaitan dan jin dan lindungi kami dari perbuatan jahat.
Ya Allah selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.
Ya Allah berikan kami kekuatan utk melawan kemalasan dlm kami menjalankan ibadah harian kami.
Wahai Tuhan yg Maha Pemberi keampunan dan penerima Taubat dan yg Maha Penyayang.
Ya Allah selamatkan lah diri kami, keluarga kami, saudara2 kami, rumah tangga kami, kampung kami, dan negara kami, dari sebarang ancaman luar dan dalam. Engkaulah Ya Allah tempat sebaik2 perlindungan.
‎رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
‎رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
‎وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَ صَحْبِهِ وَسَلَّمَ
‎وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
‎آمِيْنُ... آمِيْنُ... آمِيْنُ... يَا رَبِّ الْعَالَمِين

C&P
Image result for gambar bunga

Comments

Popular Posts