Chamomile Tea

Bismilahirahmannirahim,Alhamdulillah untuk nikmat yang tak terkata.Hari Jumaat ni rehatnya panjang time ada rezeki lebih rajin juga nak jalan2 ke pekan tempat rezeki ni.Time gini balik rumah je lah he3.Syukur sangat sebab ada hamba Allah ni smlm bayarkan dulu duit popia cheese pedas yang dia order.Duit tulah aku guna untuk beli ikan untuk makan tengahari.Ada gas memasak ni aku dah tak risau sangat bolehlah masak,siap mai rajin basuh baju sekali tadi walaupun tengok langit dah gelap.Tapi memikirkan esok nak keja basuh jelah.

       Sebenarnya nak cerita pasal Chamomile Tea ni yang banyak manafaatnya.Aku sendiri kawan dari alam maya yang kenalkan untuk redakan anxiety aku.Alhamdulillah bila minum tu rasa berdebar tak tentu pasal dan panik tu reda.Terima kasihlah pada yang kenalkan pada aku tapi dah seminggu jugak tak minum gara2 angin aduyai he3 itulah payah aku ni.Angin banyak sangat.Malam ni rasa nak minum lagilah..Antara kebaikan Chamomile Tea ni




  • Untuk Insomia - Bagi yang sukar untuk tido secawan chamomile tea yang suam bersama sesudu madu amat membantu anda lena tido sebab ianya dipercayai memberi kita rasa tenang dan boleh tido dengan cepat.
  • Untuk Migrain - Amat baik untuk yang selalu mengalami migrain.Dipercayai kandungan teh ini boleh mellegakan migrain.
  • Untuk Perut  - Bagi yang sakit perut atau mengalami  radang perut juga amat baik mengamalkan teh ni tapi tulah mula untuk aku ok je pastu tu jadi kembung perut.
  • Untuk Kulit - Dipercayai teh ini boleh memberi kelembapan pada kulit dan juga kira awet mudalah 😉.
  • Mencegah Diabetis - Bagi yang mengamalkan teh ini juga dapat mencegah penyakit kencing manis.
  • Menaikkan Imun Badan - Teh ini jugak dipercayai boleh memberi kekuatan pada imun pada kita.

Jadi rajin-rajinlah kita mengamalkannya.Ini usaha yang menyembuhkan adalah yang Maha Esa 😍😍😍😍
Image result for boh chamomile tea

Comments

Popular Posts