Terasa

Aduhai..aku ni dah makin tua atau aku ni memang cepat terasa.Seboleh-boleh nya aku dengan sesiapa pun aku akan cuba yang terbaik dan aku selalunya akan lupa apa yang orang buat kat aku tapi ini orang tak kisah pun kalau aku rasa teringin nak makan sesuatu.Orang akan buat tak tau je.Kalau time dia nak makan sesuatu aku tak kisah pun aku tak suka ke apa aku p je teman.Nasib badankan.Lapar ni tapi...aduhai.....ke hormon aku yang buat aku rasa tak kena.Pedulilah kan apa orang buat kat kita.Bukan dia bagi makan kita pun selama aku duduk di negeri orang pun semua benda aku buat sendiri.Alhamdulillah sampai saat aku sakit pun aku p klinik sendiri sakit punya pasal aku tertido dalam kereta.Saat itu lah buat aku sayu sangat duduk kat negeri orang ni kalau pasal makan orang tak peduli kat aku nikan bila aku sakit.Kalau ada kat mak sampai 2 3 kali panggil makan.Apa boleh buat nak cari rezeki punya pasal.Aku tak ada aura nak buat orang jadi kawan baik dengan aku.Aku tak boleh buat apa dah Allah bagi wajah yang tak cantik aku reda je.Sebab tu aku pernah cakap aku hanya ada aku je kat negeri orang ni kalau katakan aku mati dalam bilik kat rumah sewa tu aku rasa tak ada orang nak ambik tau pun sampai mayat berulat kot.Nauzubillah jauhilah nya dari ku ya Allah.Teringat masa tengok Spider Man 3 hari tu tiba-tiba aku rasa aku nak juga nanti bila sampai masa ku aku nak mati orang tersayangku ada bersama tapi kan siapa sanggup nak sayang aku ni.Teringat bila aku ada cakap kat orang aku teringin nak tengok movie Untuk Tiga Hari tu tapi orang cakap belum tentu cerita tu best.Tapikan masa orang tu cakap nak tengok movie Lagenda Budak Setan aku ikut aje walau aku rasa cita tu tak best tapi aku ikut sebab aku tak boleh nak judge satu-satu movie yang aku belum tengok.Jahat pulak bila aku tulis macam ni sebab dah seolah-olah aku mengungkit.Tapi aku sedih orang buat macam tu kat aku.Aku juga ada perasaan bila aku ingin orang jadi teman aku nak kemana -mana....arghhhhhh...Ya Allah ampunkan aku kerana aku terasa dengan kejahatan orang terhadap aku.(Aku guna orang sebab aku tak ada kawan so yang dicerita tu adalah orang kat aku,jahatkan)

Comments

Popular Posts