Oh Tuhan Tolonglah Aku Hapuskan Rasa CintaKu

Oh Tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku walau tak bersama dia...lagu nya aku suka sangat dengar sekarang ini.Cinta itu anugerah yang terindah dari Allah s.w.t.Maka hanya Dia yang mampu menghapuskan rasa itu dalam jiwa aku.Aku lalui hidup ini masih sendiri pada saat ini.Menghabiskan hujung minggu seorang.Kadang jiwa rasa amat sakit sekali namun aku kena kuat demi sesuap nasi.Sejak balik dari cuti raya aku cuba isikan masaku dengan hobi baru nak cuba buat selimut. :) jadi tak jadi Allah je yang tau.Bila ada blog jarang pulak aku rasa nak tulis sesuatu ada rasa dalam hati tapi nak luahkan tak berapa nak pandai.Sunyi dan rasa sangat hidup ni sorang bila kat sini.Nasib baik ada kakak-kakak kat rumah ni kalau aku duduk sorang boleh mati kutu jugak dibuatnya.Semalam je bila dok sorang aku mulalah nak fikir macam-macam sampai malam tadi tak leh nak tido.Punca nya tengok gambar orang kawen.....aduhai sekarang sangat-sangat sensitif, tapi apalah yang mampu aku buat selain dari terus berdoa.Macam-macam dah orang ajar agar jodoh ku dipermudahkan namun satu pun belum Allah makbulkan.Aku nak jadi hamba yang bersyukur aku tak mau nak merungut tapi kadang hati ku rasa hampa sangat bila mana satu pun doa aku tak dimakbul lagi.Aku terasa banyak sangat ke dosa aku, sampaikan Allah tak boleh nak makbul doa aku...Ya Allah kau saja yang tahu rasa hati ku ini,ampunkan aku Ya Allah andai rasa ini membuat aku berdosa padaMu.Aku ingin sekali ada rasa kasih dan sayang Ya Allah.Ada keluarga masa diisi sentiasa bersama keluarga.Aku ingin sekali diri ni ada orang yang anggap penting dalam hidupnya.Aku amat-amat sunyi Ya Allah.Sunyi amat-amat sunyi.......tak ada sapa nak telefon nak tanya aku dah makan ke ok ke....almost everyday macam tu...Aku hanya ada aku dalam hidupku....Ya memang aku ada mak dan ayah kakak dan adik namun kejauhan buat memang aku sendiri.Kawan? aku ada ramai kawan tapi hanya sekadar kawan,kerana ini aku selalu berdoa agar aku diberi kesihatan yang baik kerana aku tahu aku sakit takkan ada sesiapa pun ada bersamaku.Ujian,itulah akan orang cakap bila mengadu.Ya Allah andai dengan ujian ini permudahkan jalanku untuk kesyurgaMu kuatkan kesabaranku Ya Allah kerana aku hanya ada Kamu Ya Tuhan ku untuk aku kuat dalam kehidupanku menjadi hambaMu yang bersyukur dan taat pada perintahMu...

Comments

Popular Posts