Mencari Cinta

Shahdu dan pilu.Kekadang perasan itu akan bermain dalam jiwaku.Tiba-tiba aku akan rasa terlalu pilu dan sayu mengenang diri yang belum berjumpa cinta hati.kadang hati ini meronta bagai nak ribut taufan yang melanda penuh dengan soalan kenapa?????kenapa aku tidak dikurniakan lagi cinta hati penyeri hidup penenang hidup dan yang penting orang yang akan membimbing aku dunia dan akhirat.Setiap kali jiwa berkocak aku tertanya-tanya Ya Allah kenapa orang itu Engkau boleh bagi begini dan begitu.Sedangkan aku setiap hari berdoa penuh harap memohon belas ihsan Mu untuk membantu aku dan permudahkan percarian aku dalam mencari cinta hatiku.Namun sampai sekarang aku masih kosong,sorang dan sunyi.Ya Allah ampun aku sekiranya apa yang ada dalam jiwa aku sekarang adalah dosa.Aku rasa terlalu penat Ya Allah dalam pencarianku.Aku penat melalui sesi taaruf yang sentiasa gagal.Ampunkan dosa-dosaku Ya Allah samada yang aku tahu atau yang aku tidak ketahui jika kerana dosa-dosa itu Kau memutusakan rahmat jodoh buatku.Ya Allah hati ini masih diselubungi soalan-soalan yang tidak pernah berjawab Ya Allah.Hati hamba Mu yang hina ini ingin tahu apa amalan orang lain yang boleh aku ikut supaya Engkau jugak boleh permudahkan pencarian ku seperti hambaMu yang lain.Ya Allah aku sering dipersalah difitnah dalanm percarian cinta ini Ya Allah bagaimana harus aku bagitahu bukan kehendak ku kehidupan ini aku hanya sekadar sentiasa belajar menerima takdirMu.Menerima ketentuan Mu walau pun pahit kerana sesungguhnya hujung pahit itu ada manis.Cuma jiwa ini sentiasa bertanya sampai bila dan akan bertahan ke aku.AKu hanya hamba Mu yang sangat-sangat lemah Ya Allah tiada tempat bergantung yang paling kuat selain Mu.Ya Allah saat dan ketika ini hatiku sangat sedih dan terluka.Kenapa aku perlu rindu pada insan yang sudah aku pasti dia bahagia bersama orang yang dia sayang.Ya Allah seseungguhnya jadikan lah hati ku hati yang reda dan sentiasa ikhlas dalam pencarian cintaku andai pencarian ini penuh liku kerana cinta Mu lagi besar buatku,kuatkan aku Ya Allah kuatkan seluruh jiwa dan diriku dalam pencarian cinta.Sungguh hati aku amat merinduiMU

Comments

Popular Posts