Kakak

(My lovely niece and sister)
Malam tadi baru nak solat isyak tengok phone bunyi tapi terpaksa biar aje sebab nak solat tapi tengok nama kakakku yang call.Hati mula resah mula fikir yang pelik maklumlah kakak call kan.Aku mula fikirkan mak ayah dan semua yang ada kat kampung.Terlari pulak perhatian aku pada solatku tak tunggu imam baca doa aku terus call balik kakakku.Fuhhhhh....lega kakak ku sekadar nak call sebab teringat.Aduhai sedih pulak aku dengar pastinya aku jua terlalu ingat kat diaorang.Rindu tu sudah pasti.Siapa yang tak ingat pada family masih ku ingat pada satu tuduhan pada aku satu masa dulu aku dikatakan tidak ada jodoh kerana tidak dapat reda mak dan ayahku kerana tinggal jauh dari diaorang langsung tak ada kaitan dengan hidup aku sebenarnya.Dari dulu aku kira memang aku berbuat baik pada ibu dan bapaku tak kira dimana aku berada aku ambil keputusan berhijrah kesini kerana aku tidak mahu mak dan ayah risaukan nasibku.Alhamdulillah aku mampu menyara diriku walau tak semewah mana.Hanya jodoh tu bukan ditangan aku dan aku tau orang tua mana yang tak risaukan benda tu.Sebab tu bila kakak call malam tadi mak da ayah yang aku kuat risaukan.Takut apa-apa terjadi pada diaoran.Aku tak bersedia Ya Allah dalam keadaan aku masih seorang ni.Aku tak kuat untuk itu semua...Ya Allah sungguh aku mohon akan dilindungi ibu dan ayahku serta keluarga ku dikampung sana.Saat balik malam tadi air mataku deras je..rasa la tu jugak aku nak keja kat kampung halaman :(

Comments

Popular Posts