Takut

Bismilahhirrahmannirrah,
Alhamdulillah masih diberi nikmat olehNya.....dah lama aku nak cerita pasal takut ni tapi aku rasa segan sebab takkan nak bagitau semua orang kelemahan aku...Ya aku ni seorang yang penakut....dari kecik sampai sekarang bila nak tidur je aku punya masalah iaitu takut ya amat....Dulu masa kecil ayah dah biasakan kami anak-anak tidur  sendiri-sendiri...aku tak ingat bila aku ni start jadi penakut seingat aku dulu kecik-kecik aku ni anak yang berani sangat nak main kemana dan balik bila aku punya suka.Last-last ayah nak bagi aku duduk diam sikit kat rumah dia ceritakan cerita seram kat aku tapi lain pulak jadi nya...
    Aku sendiri, takut ni adalah perkara yang paling aku tak suka sebab seringkali kalau aku takut aku akan cari orang untuk teman tidur...kalau dulu bila takut je aku ketuk bilik mak dan ayah,rela tidur kat kaki sebab takut punya pasal...Perkara ni buka takat aku masa kecik je sampai sekarang pun aku masih mengalaminya....cuma kurang je....ermmmm....bila duduk jauh ni itulah masalah paling besar bagi aku....alhamdulillah jarang lah aku nak takut sangat masa ni cuma bila aku dah tidur dan aku tersedar tambah lagi aku dengar anjing menyalak,apalagi aku akan gentar satu badan...cuma aku ni nasib malang sebab tak ada siapa nak faham rasa takut aku.Aku sendiri tak mahu ada rasa macam tu...aku tak biarkan rasa takut tu menang namun ada kalanya aku memang takut ya amat tanpa ku tahu sebabnya....Macam malam tadi kat rumah sewa aku kebelakangan ni memang aku rasa pelik sikit cuma aku selalu nya malas nak layan sangat sebab aku tahu orang takkan faham ketakutan aku jadinya aku buat berani je...bila dah baring aku mula rasa ketakutan tu,aku mula dengar yang pelik-pelik...yang sadisnya malam tadi aku terbau benda busuk tapi aku lawan dengan berzikir..tertidur juga namun penuh dengan mimpi ngeri tiba -tiba aku tersedar dan aku terdengar bunyi anjing menyalak apalagi angkat kaki seribu aku pergi bilik kakak tu...aku kejut kan dia sebab nak tidur sebelah tak sangka malam tadi kakak tu marah....dia pergi ke tandas dia hentak pintu dengan kuat lepas tu kat katil dia buat bunyi tak puas hati dengan kuatnya..aku apa lagi dengan rasa takut dan bersalah aku balik pergi bilik aku.Last-last aku on lampu dan cuba tidur dalam terang.....dalam ketakutan tu aku terlelap juga tapi penuh dengan mimpi tidur aku jadi tak ada kualiti....
      Aku tahu aku salah namun tiada ruang ke nak faham apa yang aku rasa....aku tak minta ada rasa macam tu..tapi yalah siapa nak fahamkan kecuali dia sendiri dalam situasi tersebut...aku sendiri selalu berdoa aku tak mahu menyusahkan sesiapa bila aku didatangi rasa takut tu tapi yalah aku sendiri tak daya bila saat takut itu datang......:(((



Comments

Popular Posts