Hari Pertama

Bismillahhirrahmannirrahim,
Syukur ke hadrat Ilahi yang mengurniakan nikmat yang sesungguh tidak terkira oleh hambaNya...Hari ni hari pertama adik tersayang masuk ke tingkatan 1.Sedihnya anak saudara yang tak leh balik duduk je dirumah rasa hiba dan kesal dalam hati kerana orang yang tidak bertimbang rasa dia jadi mangsa.Semalam uruskan tiket dia tak ada pun banyak sekatannya bila berjumpa orang yang boleh bertolak ansur dan tiada bayaran pun dikenakan...Apapun itulah pengalaman hidup tapi kali ni bukan itu yang aku nak ceritakan.Hari ni rata-rata dalam mukabuku semua kawan-kawan dan kenalan menceritakan hal anak-anak yang masuk sekolah... :) bila difikirkan cepat nya masa berlalu sebab anak-anak diaorang ada yang masuk sekolah menengah....aku masih gitu juga...namun aku pasrah tadi jumpa dengan kawan yang sama bersekolah disekolah rendah, rasanya dah berbelas tahun tak jumpa walau dia hanya duduk sebelah kampung je...sempat dia tanya dah kawen belum, aku dengan senyuman menjawab belum dan bagitau aku senang seorang...bila dah masuk kerumah aku sendiri rasa lain macam...eh aku ke tu aku boleh menjawab soalan cepu cemas itu dengan tenang dan tanpa rasa pilu dalam hati...Alhamdulillah Allah telah beri hati yang tenang buat aku bila disoal soalan cepu cemas tu....satu perubahan yang positif dalam tahun 2013 ni harap-harap ianya akan berkekalan hingga aku bertemu jodoh ku...:)....tinggal berapa hari lagi cuti makanya akan balik ke daerah rezeki.Hati dah mula rasa sedih sebenarnya namun apa boleh buat itu lah cabaran hidup.Adik lelaki juga akan bekerja di bumi malaya.Kesian melihat mak dan ayah sebab anak harapan mereka keja jauh (yalah anak harapan sebab dia anak lelaki sulong).Posting pertama ke Pulau Pinang.Aku pun ada rasa risau juga sebab aku pernah rasa perit nya kerja ditempat orang.Namun dari sudut lain aku rasa inilah masa dia belajar berdikari,Aku akui dialah anak yang amat mak dan ayah sayang sangat ,dulu aku rasa cemburu juga tapi sekarang aku rasa tak ada benda janji aku buat baik dan berbakti pada mak ayah aku tak rasa rugi apa pun kalau mak dan ayah lebihkan adik.Esok dia akan berangkat ke Penang.Doaku sentiasa untuk adik yang tersayang dipermudahkan sentiasa begitu juga dengan yang lain....I Love My Family ")

Comments

Popular Posts