Di Uji Dengan Apa Yang Di Kasihi

Bismillahhirrahmannirrahhim,
Alhamdulillah masih bernafas hasil rahmat Allah s.w.t yang tidak berbelah bagi memberi dan sentiasa memberi tanpa melihat siapa kah hambaNya.Sungguh Allah tu tidak mengira tapi kita ni sebagai hamba ramai ke yang bersyukur atas nikmat yang Dia bagi.Apa yang boleh dilihat zaman sekarang ni sesungguhnya terlalu sedikit manusia yang bersyukur.....Aku sebagai hamba juga takut menjadi hamba yang tidak bersyukur sebab tu setiap hari belajar dan terus belajar jadi hamba yang baik.Dah 3 hari mula bekerja dalam tahun 2013.So far aku rasa ok je masih macam biasa cuba untuk berubah dan istiqamah dalam melakukan kebaikan dan istiqamah meninggalkan kejahatan.Ermmm...bila balik sini semua nya tak kena...jiwa jadi tak keruan semua benda tak betul...aduhai aku kena belajar menerima dan terus menerima takdir ku...Sesungguh nya dalam menjadi hamba kita akan sentiasa diuji,terutama pada apa yang kita kasihi dan sayangi.Ya itu yang terjadi padaku.Walau perit tapi bila ingat ganjaran Allah hilanglah rasa perit tu.Bukan senang nak bekerja jauh dari keluarga.Demi sesuap nasi orang dulu-dulu cakap :) sanggup berkorban apa saja.Niat semua kerana Allah In Shaa Allah pasti akan senang.Sebagai hamba memang kita layak dan sepatutnya diuji oleh Pencipta kita....siapa kita untuk mempertikaikan semua ketentuan Dia kan.Aku juga pernah diuji....dan selalunya dari orang yang aku sayang.Dari zaman sekolah aku memang tak ada rakan yang betul rapat padaku.Hanya selalu bermain pun bersama kakak-kakak je dirumah,lagipun aku ni suka main-main sorang-sorang itu yang aku ingatlah.Aku anak yang ke-4 dalam family punya kakak aje so mak dan ayah masa tu tak ada anak lelaki...apa yang aku ingat memang aku agak disisih sebab pompuan lagi.Aku sekarang ni perkara-perkara yang dulu-dulu aku tak berapa nak ingat yang aku ingat makcik-makcikku cuma baik dengan kakak-kakak ku saja....sebab tu aku ni bila ada orang baik dengan aku,aku rasa pelik sikit.Disitu aku sudah diuji dengan keluarga aku sendiri orang yang patut bagi aku kasih sayang.Alhamdulillah aku tak pernah merungut masa tu.Masa belajar kat U aku mula ada rakan karib hampir 10 tahun berkawan akhirnya putus kerana ego yang tinggi.Ujiankan...pernah sayang kan seseorang namun aku reda menerima dia bukan jodohku...ermmmm sememangnya kita akan diuji dengan apa yang kita sayang.Cuma terpulang pada diri kita untuk menerimanya macam mana.Bagi aku memag ada masa aku rasa jatuh sangat..bukan mudah bila diuji berkali-kali namun sentiasa istiqamah reda denga ujianNya....apapun tanamlah sebanyak mungkin didunia ini yang Allah suruh agar kita boleh hasil yang baik diakhirat nanti :)



Comments

Popular Posts