Polis dan Politik

Bismillahirrahmannirrahim,
Aduhai tak tau nak cakap cmne.Sekarang ni memang hangat pasal polis dan politik negara.Hari ni banyak aku dengar orang dok menyalahkan polis dalam pelbagai sudut dan sebab.....Aku ni anak bekas polis,adik sekarang pun polis,abang ipar pun polis dan sepupu pun polis.Agak terasa juga kalau orang perlekehkan keja polis ni.Aku dibesarkan dari rezeki ayah sebagai seorang polis.Susah juga jadi polis ni,macam dalam kes tembak penjenayah tak tembak salah, tembak pun salah...mana satu yang betul.Contohnya kes yang baru-baru ni kat Butterworth,Penang.Bila tengok berita polis beri keterangan bahawa terpaksa melepaskan tembakan kerana penjenayah melepaskan tembakan....tadi baru baca dalam FB kawan bagitau yang saksi kat kawasan tu cakap polis saja lepaskan tembakan walau sebenarnya penjenayah tak lepaskan tembakan.Habis polis dikutuk....ermmm apa yang perlu dibuat sebenarnya....kalau polis tak lepaskan tembakan dan tiba-tiba dia jadikan orang awam tebusan tak ke polis juga salah kerana tak lepaskan tembakan...aduhai kalau nak komen tu fikirkan dari banyak sudut....cubalah letak diri kita dalam situasi polis tu apa yang kita nak buat.....selalunya orang boleh kutuk ikut suka dia sebab dia tak letak diri dia dalam satu-satu situasi tu...
     Satu lagi isu yang tak pernah sejuk adalah politik negara....ermmmm...isu ni memang sensitif sangat....ramai yang salahkan kerajaan sebab barang naik,minyak naik dan macam -macam naik.Aku tak nafikan kos hidup sekarang memang sangat tinggi tapi patut ke kita salahkan pemimpin negara kita...memang aku akui pemimpim ni memang banyaknya tak betul tapi kalau pembangkang sekali pun pegang negara kita pasti ke kita diaorang ni betul....yang jadi payah bila ada orang terlalu taksub pada satu-satu parti sampai sanggup putus silaturahhim demi kerana berlainan parti.Bukan ke kita patut hormat menghormati..bila berkempen pulak kenapa perlu saling mengaibkan tak leh ke berkempen secara sihat.....yang sedih bila satu-satu parti boleh mengkafirkan orang yang tidak menyokong parti diaorang aduhai haru bila mendengarnya....Sekarang ni ada parti pulak dok buat perhimpunan saja....macam saja nak buat kecoh kalau betul kita ni betul tak perlu semua tu bukan ke begitu....aku sendiri tak faham yang aku tahu aku hormat pada siapa pun memimpin..selagi aku boleh beribadat dengan aman dan bebas nak kemana aku rasa tak perlu nak tukar pemimpin....cuba kita kenangkan pemimpin mana yang berusaha kita dapat kemerdekaan dulu....fikir-fikirlah  :)

Comments

Popular Posts