Penat





Bismillahhirrahmannirrahhim,
Kalau ikutkan hati banyak benda yang nak dicoretkan namun ini yang aku rasa lepas solat zohor tadi.Tak rasa nak makan apa hari ni sekadar beli yang bebola cucuk aje.Ntah kenapa aku rasa penat sangat,aku makan satu aje lepas tu aku rasa mengantuk sangat ingatkan nak terus solat rupanya aku terlelap dulu atas meja.Ermmm.....sebut pasal tidur kakak rumah ada tegur sekarang ni aku berdengkur kuat sangat sampai dengar kat luar bilik.Penat sangat ke aku....rasa nya kat pejabat pun bukan buat apa sangat pun.....rutin hidup macam biasa je cuma aku akui aku memang tak berenti berfikir itu yang membuat aku tak suka berseorangan lagi aku fikir banyak.Itu kot yang buat aku penat sangat...memang penat memikirkan sesuatu yang kadang aku rasa tiada jalan penyelesaian......kadang aku rasa buntu sangat dengan hidup ku......Ya Allah aku tak mahu terlalu banyak memikir aku nak hidup seperti hamba Mu yang taat dan taqwa....aku hambaMu yang sangat-sangat lemah dan hina.Hidup yang terlalu sunyi dan rutin yang sama setiap hari membuat aku semakin tak semangat untuk hidup...nauzubillah tak sanggup untuk aku fikirkan lagi Ya Allah.Macam-macam yang aku buat agar hidup lebih ceria dan semangat walau tanpa keluarga disisi. Ya Allah adakah ini tuntutan hidup yang aku kena isikan.Ada keluarga,ada yang tersayang disisi.....Aduhai apa yang mampu lagi aku buat.....aku belajar untuk menerima semua takdir Mu Ya Allah...mengajar hati bahawa Kau ada menyayangi aku...namun akhirnya hati ku tetap memberontak....Ya Allah tolonglah aku hambaMu ini...aku dah terlalu penat..... :(

Comments

Popular Posts