1.2.34

Bismillahhirrahmannirrahhim,
Alhamdullilah masih bernafas untuk memohon keampunan dariNya....1234.....banyak status yang tulis hari ni 1 Safar 1434H..bersamaan 1234 1hb 2 tahun 1434Hijrah..tapi aku tengok kalendar hari ni 30 Muharram 1434H..ermmm...aku pun tak pasti yang pastinya hari Jumaat adalah penghulu segala hari yang banyak bonus  kita boleh dapat hari ni.....tinggal satu minggu lagi nak balik banyak juga tengok status kawan-kawan yang bercuti..:) aku hanya mampu balik kampung je bercuti tulah nasib anak perantauan.Nak plan cuti pun nak pergi dengan siapa...lagipun kalau nak bercuti sorang teringat mak dan ayah yang tak dapat pergi.Aku teringat kat mak kalau bagitau nak kemana-mana mesti dia tanya kat situ ada apa...aduhai sades aku dengar aku tau mak aku ni jenis suka nak bercuti-cuti ni tapi ayah jenis yang suka duduk dirumah sebab tu kalau aku pergi mana-mana mesti belikan sesuatu kat mak.Cuti balik kampung pun best jugak...masa untuk merehatkan minda dan akal..walaupun nanti mesti riuh tapi itulah ketenangan aku...he..he..he....kalau kat sini suara aku jarang didengari balik nanti , macam mak aku cakap suara sampai ke langit...apa lagi bila dah berkumpul dengan anak-anak buah...mak buah ni start jadi tarzan.....buat anak-anak buahku Naim,Azhar,Yazid,Adeq,Hani,Farah,Hanum dan Irfan really miss u all...yang paling aku nak jumpa anak-anak buah yang baru balik dari Sabah tu...terutama si Hanum...macam manalah rupa dia..he.he..he..mudahan kegembiraan nak jumpa family menghilangkan ketakutan ku nak naik flight nanti....ketakutan yang melampau....bila lah nak berani ni...Ya Allah permudahkanlah perjalananku...


Comments

Post a Comment

Popular Posts