Hari Terakhir 2012

Bismillahhirrahmannirahhim,
Alhamdulillah dah seminggu berada dikampung hanya Allah tahu betapa gembira nya aku bersama keluarga...namun seperti biasa ada pertemuan pasti ada perpisahan.....hati ini kalau boleh nak sentiasa bersama yang tersayang namun tuntutan hidup terpaksa dilalui walau pahit macam mana sekali pun...acap kali aku ingat kan diri ku berdamai dengan takdir maka aku boleh hidup dengan tenang.....kakak yang ke-3 dah selamat sampai ke daerah rezekinya...yang sedih terpaksa meninggalkan anak yang sulong sebab tak boleh nak naik kapal terbang malam tadi disebabkan kena campak.Di situ aku nampak betapa manusia yang tidak ada dalam tolak ansur langsung dengan keadaan orang lain...aku pernah juga kena demam campak ni dan boleh je naik kapal terbang kerana orang yang menguruskan check in tu punya hati yang boleh bertimbang rasa bila kita bagi alasan yang munasabah......namun mungkin itu ada hikmahNya...pilu hati melihat anak buah yang tak boleh balik bersama-sama maknya...aku pulak yang tak boleh nak tahan air mata...namun itulah dugaan Allah kita hanya merancang Allah dah tentukan yang terbaik.....Chik akan rindu dengan semua anak-anak buah chik....ermmmm...hanya Allah yang faham hidup berjauhan dari keluarga ni...

Comments

Popular Posts