C.S.I

Bismillahhirrahmannirrahim,
Alhamdulillah,masih diberi nikmat yang tidak berbelah bagi dari Allah.Tiba-tiba teringat dah lama aku tak tengok cerita kegemaran aku ni,CSI.Semua nya aku suka tak kira miami ke new york ke atau las vegas.Teringat dengan hero2 dia Mac Taylor,Horatio dan alah yang Las Vegas aku tak ingat aku ingat yang si Chaterine je..itu pun aku tengok iklan hari tu watak dia dah dimatikan.Duduk rumah sewa sini aku jarang boleh tengok aku punya kegemaran.Tapi aku ok je sebab tv pun bukan aku punya so aku tak merungut pasal tu.Bila tengok cerita ni aku paling suka tengok semangat bekerja dan semangat persahabatan diaorang ni.Masing-masing ambil berat pasal kawan-kawan satu tempat keja.ermm...kalau tempat aku ni haram nya nak ada kawan yang ambil berat,aku aje yang agak kepo sikit tapi orang tak suka pun sebab bagi diaorang aku ni busy body.Apa pun aku terus kepo je kalau aku tengok ada orang yang tak hadir keja sebab bagi aku selagi aku bukan campur hal peribadi orang lain aku rasa ok je,sebab aku rasa aku nak ambik berat je (tupun sekarang aku dah slow down dah malas nak peduli dah).Balik pada CSI aku,aku suka pada cerita yang menyelesaikan satu-satu masalah.Dari mula menerima kes hinggalah selesai aku tengok dalam CSI diaorang amat teliti sekali walau bahan bukti tu amatlah kecil.Cara diaorang kaitkan dari satu tempat ke tempat yang lain,dari satu bahan ke bahan yang lain.Hinggakan dari lebam pun tahu orang tu kena pukul bagaimana,Aku respect gilerlah kat diaorang.Dari segi ilmu pun aku rasa canggih sangat tapi realiti hidup aku tak tau lah ada tak macam tu.Dari segi persahabatan aku pun suka sangat dalam cerita ni,caring habis diaorang ni.Kalau kat sini ermmmm....susah sangat aku nak tengok even duduk satu rumah pun tak kisah kawan tu sakit ke apa,siap marah lagi kalau mintak tolong orang sedangkan kita ni tak larat.Pengalaman aku pun kat sini bila aku kenal even orang yang berlatarbelakangkan islam tapi susah sikit nak ambil berat pasal orang lain.Sebab tu aku pernah cakap orang kat sini lebih menghentam dari memahami.Kadang rasa pelik jugak bila tengok yang warga Palestin kena buli Israel ada orang bukan main lagi laungannya namun bila dengan saudara sendiri dalam tanah air sendiri dok asyik nak bergaduh aje.Susah nak tengok ada orang senang tengok orang lain senang.Ermmmm...aku juga punya perasaan pada kes Palestin ni namun jangan jadi kuman diseberang nampak sangat,gajah kat sebelah buat bodo je,(betul ke apa aku rasa ni).Mungkin tak semua mengalami apa yang aku rasa dan mungkin ini semua ujian buat aku.Keliling aku hanya ada orang yang jenis penting diri sendiri sahaja,zaman sekarang kot.Tak rasa ambik berat itu ada kebaikannya.Tapi aku sekarang belajar menerima semua tu.Perasan juga aku dulu masa aku keja tempat orang yang lain agama bukan aku nak puji tapi dioarang caring sangat.Part keja tak betul diaorang marah tetap marah namun bila kita ada masalah diaorang sama duduk cari jalan penyelesaian.Bila kat sini keja tempat orang yang satu agama dan bangsa aku ingat lebih baik tapi....haram...kau.... engkau, aku...aku.Kena terima budaya yang macam tu walau hati ku tak berapa nak reda yang penting Allah tahu apa yang aku buat......Really Miss This Siri


Comments

Popular Posts