Duit,Wang dan sewaktu dengannya...

Bismillahhirrahmannirahhim,alhamdulillah dengan kurnia Allah yang tak berbelah bagi....dan nikmat duit dan juga wang rezeki dari Allah. Duit....wang....hidup kat dunia ni hampir semua perlukan benda yang bernama duit dan wang ni....walaupun  ada yang mengatakan wang bukan segalanya tapi sebenarnya segalanya adalah wang....apa pun yang kita buat dan kehendak kat dunia ni semua perlukan wang..kadangkala nak kasih sayang perlukan wang contohnya nak ambik hati seseorang atau kasih sayang seseorang kadangkala perlu wang sebab kadang kena belikan sesuatu baru orang faham kita ni sayang kat dia...aku juga tak setuju bila ada yang mengatakan duit atau wang tu segalanya...namun dalam hidup seharian aku makin nampak zaman sekarang wang dah jadi no 1 dalam kehidupan....ramai yang nak jadi jutawan...duit banyak, hidup senang...berlambak pakar motivasi bisnes wujud konon nya kita sebagai manusia kena usaha hidup senang....memang dalam islam sendiri hendak penganut nya menjadi orang senang tapi bukan hidup beraja kan duit...Pernah aku lihat ada yang punya banyak duit menghina orang yang tak punya duit.....tulah wang dan duit ni boleh buat orang hilang pertimbangan tak kira ada talian atau tidak...bagi aku andai diriku diberi rezeki yang banyak dalam bentuk wang yang pertama aku buat adalah bersedekah....lebih senang aku cakap aku nak permudahkan orang lain...dan mohon pada Allah moga aku tidak hilang pertimbangan dalam punya wang yang banyak....
Wang dan duit juga punya pengaruh yang kuat...ada wang ada lah saudara tak ada wang semua buat tak kenal....waima orang itu adalah ibu bapa mu sendiri...ada kisah dimana bila si anak dalam keadaan senang banyak duit amat dikasihi bila anak tak ada duit..uishh...nak mengaku anak pun macam susah....dunia sekarang mata dan hati jadi buta kerana wang....dari segi jodoh pun aku tengok orang sekarang lebih tengok orang yang ada duit je...tak kira dia lelaki ke perempuan....aku sendiri pernah kena...mentang aku ni tak ada apa keluarga pun biasa-biasa aje mudahnya orang tu nak mainkan hati ku...kadang geram melihat keadaan begini kenapalah manusia perlu melihat nilai seseorang tu dari segi wang ringgit.....rezeki tu kan dalam rahsia Allah juga..mungkin sekarang susah masa depan kita tak tahu janji kita usaha....jangan bila dah miskin biar gitu je dengan fikiran bahawa rezeki tu rahsia Allah seperti kita lapar adakah kita akan tunggu makanan sampai depan mata tanpa usaha mencarinya....tentu tidakkan......
Wang dalam kehidupan memang penting namun jangan jadikan wang no 1 dalam segala hal....

Comments

Popular Posts