Berkata Benar Walau Pahit

Bismillahhirrahmannirrahim,Alhamdulillah dengan nikmat yang ada...cuti yang dimanafaat semaksimum boleh...biasalah bila cuti nilah masa untuk kemas bilik..bayar tidur (nama pun single so boleh tidur bila2 masa je) jarang jugak aku nak tidur lebih2 dah biasa bangun awal jadi nya aktiviti aku akan bermula dengan buat sarapanlah...pastu kemas bilik, basuh baju  kadang rajin membaca dan surf internet macam ni lah...tak pun dok melengu depan tv....sunyi memang sunyi namun ku lalui jua hidup dengan rasa syukur pada Ilahi kerna nikmat nafas,boleh makan dan boleh rasa tenang setenangnya...
Aku sebenar nya terfikir betapa dalam hidup seharian sebenarnya susah nak bercakap benar walau dalam sekecil2 perkara...aku sendiri bila aku munasabah diriku...aku perasan aku selalu cakap lain dan apa yang aku fikir lain...contoh bila cakap dengan kawan dalam hati tak suka bila dia terlalu fanatik dalam satu2 hal tapi kat mulut cakap "yalah betullah apa yang kau cakap tu" siap aku cakap betul pulak....nampak macam senang tapi Ya Allah sukarnya dan memang perlukan mujahadah untuk bercakap benar....kadang terfikir tak mau cakap benda betul sebab nak jaga hati tapi tu dah tak betul sebenarnya...sebab tulah dikatakan pahit bila bercakap benar....aku sendiri kadang tersentap kalau orang bercakap benar kat aku...tapi alhamdulillah ambik masa untuk terima tapi akhirnya menerima walau ianya pahit...tak semua orang macam kita...ada yang jenis bila kita cakap yang betul siap marah lagi dan ada yang siap boikot kita....tulah manusia yang sentiasa ingat diri dia betul...
In Shaa Allah lepas munasabah ni aku nak belajar cakap yang benar walau ianya pahit.....

Comments

Popular Posts