Mesyuarat

Bismillahhirrahmannirrahim,
Alhamdulillah diberi nikmat sihat yang tiada nilainya didunia ni.Seperti biasa menyibukkan diri dengan macam-macam keja.Keja menyemak kertas PLKN belum selesai lagi jenuh jugak nak semak 400 lebih kertas tu sorang-sorang nak mintak tolong aku ni bukan bos nak bagi arahan jadi nya aku usaha jugak dalam ada keja lain yang nak buat.Hari ni bukan nak cerita pasal keja tu cuma sedikit luahan pasal meeting atau bahasa melayunya mesyuarat.Biasalah keja kat mana-mana pun mesyuarat ni penting diadakan untuk kita bincang banyak perkara dan itu memang prosedur biasa keja berpasukan kalau tak mau mesyuarat keja sendirian berhad  jadi tak adalah mesyuaratnya...namun bagi aku kalau kat sini bila time mesyuarat ni aku betul-betul dah meluat (teruknya) bukan apa setiap kali mesyuarat masalah yang sama dibincangkan dan aku perhatikan kat sini macam kebal apa yang ditegur tak rasa apa pun lepas mesyuarat buat lagi kesilapan tu.Sampaikan bos cakap tadi masalah klasik...aduhai nama pun manusia kan mana yang senang dilentur Alhamdulillah mana yang susah cukup dengan berdiam diri je.Dulu aku jenis yang bercakap juga masa mesyuarat ni bukan nya nak campur hal orang lain tapi difikir ianya untuk kebaikan bila tengok peragai orang kat sini tak leh terima teguran aku diam aje...walau kadang aku memang rasa tak selesa tu yang kadang aku skip masa mesyuarat ni.Kadang bila aku tahu aje ada mesyuarat aku cuti atau aku buat-buat jaga kaunter....Aduh memang stress lah aku rasa tapi aku buat lapangkan dada aje ikut nasihat sorang kakak tu datang dan balik keja hal orang lain jangan peduli buat keja kita je.Kalau ada masa dan duit nak aje cuti masa cuti tahun baru cina ni...apa kan daya...kena berjimat alamatnya duduk rumah jelah :)






Comments

Popular Posts