Barang Basah vs Hindustan

Bismillahhirrahmannirrahim,
Alhamdulillah dah Jumaat dah...cepat nya masa kadang rasa tak terkejar tapi bak kata pepatah "Bila kita rasa kita mengejar masa maka masa akan lari dari kita,namun bila kita biar masa yang menentukan kita maka kita akan rasa masa mengejar kita"....betul ke...betullah kot :).Seperti biasa aku ni biasanya kalau rajin akan masak kat rumah walau ada yang cakap dok sorang bazir je masak ni namun tekak aku kadang tak lalu dengan makan makanan beli jadinya kekadang aku masak jugak.Nak dijadikan cerita kalau dulu kalau aku beli barang basah seperti sayur dan ikan aku akan beli macam duduk dengan family yang akhirnya aku akan membazir.Jadi tahun ni aku mulakan azam tak mau membazir jadi semalam aku belilah ikan 3 ekor,udang 12 ekor masa nak bayar tu orang tukang jual tu tengok je aku atas bawah...dalam hati takan aku nak cakap "Bang saya ni dok sorang makan sorang tak kan nak bazir" tapi aku senyum je bila fikir memang lawak pun orang lain siap beli penuh satu plastik aku macam nak bagi kucing makan je.Apa pun aku rasa lebih baik beli sikit dari aku membazir... ; ) beli barang basah tu bukan apa nak cuti panjang ni malas nak keluar jadinya dah ada stok makanan kat rumah...jangan last minute kena panggil keja pulak..melopong aku sebab dah plan nak tengok hindusan esok..(minah jiwang jugak ni).Aku suka tengok hindustan part kasih sayang nya tapi kadang tu melampau jugak paling aku suka tengok filem Khabi Khushi Khabi Gham ceritanya memang menyentuh jiwa sebab ianya pasal family.Dan satu lagi movie hindustan yang juga akan buat aku sentap ialah Taare Zamee Par yang menceritakan pasal budak yang menghidap 'dyslexic' yang bagi aku budak tu bukanlah ada cacat apa pun cuba dia ada keistimewaan tersendiri...sedih sangat sebab mak dan ayah dia ingat dia anak yang bodoh namun dia sebenarnya ada skill sendiri dia lebih pandai dalam art...kat situ lah cikgu dia sedar dia ada kemahiran lain yang mana bila diasah dia akan jadi istimewa...Melalut ke cerita hindustan pulak aku ni dari cerita barang basah...apa pun "Hidup ini Pilihan Kita dan Ikut Kita Bagaimana Nak Mewarnainya"


Comments

Popular Posts