Satu Pengorbanan Sebuah Keikhlasan





Bismillahhirrahmannirahhim,
Alhamdulillah masih diberi nikmat hidup oleh Allah s.w.t.
Esok kita akan menyambut Hari Raya Aidil Adha..
Selalunya bila sebut hari raya adiladha kita mesti membayangkan korban kerana raya haji atau raya korban memang berkait rapat dengan pengorbanan.
Nabi Ibrahim a.s sanggup korbankan anaknda tersayang demi sayang nya pada Allah s.w.t.Tiada langsung prasangka pada Tuhan yang telah memberi perintah tersebut.Dengan penuh rasa keikhlasan dan rasa sebagai seorang hamba Nabi Ibrahim sedia melaku satu pengorbanan yang aku rasa takkan ada lagi manusia yang sanggup melakukannya sekarang ni walau atas arahan Allah.Ermmm.....sebagai hamba aku rasa setiap dari kita ada melakukan pengorbanan dalam hidup kita.Namun adakan pergorbanan itu disertai dengan keikhlasan kita sendiri tak pasti.Atau kita sendiri tak pasti apa yang kita buat tu satu pengorbanan atau tidak.
Aku sendiri pernah berkorban (aku rasa),namun pengorbanan tu aku dapat rasa tiada keihlasan sebab tu aku rasa pengorbanan tu jadi sia-sia.Dari situ aku belajar bukan mudah untuk kita melafazkan kita ini membuat satu pengorbanan sedangkan sebenarnya kita tak membuat pengorbanan pun.Ikhlas tu penting dalam apa jua yamg kita lakukan namun ikhlas tak boleh diukur dengan mata kasar kita sendiri.Hanya Allah Taala yang mengetahui keikhlasan diri kita....Raya ni tak balik...dok raya kat sini je....nasib hidup orang bujang..he..he..he..he...raya tak raya sama je.Pengorbanan tak tu....apa pun hati ni memang berkorban tak balik raya harap keluarga kat kampung sentiasa bahagia...tak raya kat kampung pun tak apa raya tetap raya dan hidup tetap kena diteruskan

Sedikit pesanan dari Pahrol Mohd Juoi:

Allah itu dekat, selagi kita tidak menjauh dariNya. 
Dekatilah Allah dengan berkorban untukNya.

Cinta itu indah tetapi bukan mudah, kerana setiap cinta menagih korban... apatah lagi cinta Allah!

Mengorbankan 'perasaan' jauh lebih payah daripada mengorbankan harta, kerana pengorbanan perasaan satu takah dalam perjalanan mengorbankan jiwa!

Comments

Popular Posts