Amal Tanpa Ilmu







Bismillahirahmannirahim,
Lama jugak aku tak update...agak sibuk sampai hujung minggu pun ada je benda nak buat.Alhamdulillah sedikit sebanyak aku taklah bosan sangat.ermm...oh ya pasal apa aku letak tajuk tu amal tanpa ilmu,sebab aku ni antara manusia yang kadang ada benda atau perbuatan yang aku amal tapi tak ada ilmu dan ada yang salah ilmu.Bahayakan tapi alhamdulillah Allah bagi petunjuk padaku.Semalam aku dengar radio IKIM satu pengajaran yang aku dapat dari ustaz tu malangnya aku tak sempat tahu siapa ustaz tu....dia cerita pasal dua orang pencuri ni yang masuk nak mencuri namun tidak berjumpa wang yang hendak dicuri.Tiba-tiba salah seorang pencuri tu bagitau sekarang ni orang selalunya akan simpan wang dalam Al-Quran.Maka diaorang pun pegilah cari Al-Quran dalam rumah tu.Cari punya cari mereka menjumpai Al-Quran tu diatas satu rak.Bila salah seorang pencuri tu hendak mengambil Al-Quran tu pncuri yang sorang lagi tegur..."Oi...mana boleh pegang Al-Quran tanpa Wuduk",kawan pencuri tu jawab "Ya tak ya jugakan berdosa pegang Al-quran tanpa wuduk"...Disitu ustaz tu cakap manusia yang beramal tanpa ilmu yang pegang Al-Quran dia tahu berdosa tak berwuduk tapi dia tak pulak tahu mencuri itu juga berdosa.Itulah salah satu cerita manusia yang beramal tanpa ilmu.Kisah aku pula malam tadi bila mana ada salah seorang kakak kat masjid tu tegur yang ada gerakkan dalam solat ku salah...aduhai aku rasa berdosa sungguh.Kesian pulak aku kat kakak tu dia sungguh-sungguh mintak maaf kat aku sebab tegur aku.Tapi aku rasa bertuah kerana ditegur bayangkan berapa puluh tahun dah solat tapi ada yang salah nasib baik kakak tu dengan ikhlas hati menegur aku.Aku rasa rahmat Allah kat situ.Ya tanpa kita sedar ada perbuatan kita sehari-hari sebenarnya ada salah cumanya tak ada yang sanggup nak tegur sebab takut diri sendiri yang salah.Aku pun kadang ada juga melihat kesalah orang lain namun aku tak berani nak tegur belum ada iman seperti kakak tu.Aku bersyukur sangat-sangat walau rasa masih keras dengan perubahan tu tapi aku harus istiqamah buat perubahan tu.Aku nak solat ku jadi sempurna barulah Allah akan terima doa aku.

Comments

Popular Posts