Berdua Lebih Baik

Bismillahhirrahmannirahhim,
Berdua memang lebih baik dari berseorangan.Namun kenalah bersama yang halal dan juga mahram kita.Banyak keistimewaan kalau kita hidup berduaan atau hidup dalam satu masyarakat.Islam kan mengalakkan kita mengeratkan silaturrahim salah satu cara bagi yang nak umur panjang...:) namun dalam waktu yang terpaksa aku menerima hidup bersendirian ni.Walau hampir tiap hari mengharapkan ada teman atau sahabat yang boleh bersama dalam masa senang atau susah.Tak punya teman hidup aku berharap ada sahabat yang boleh buat teman sementara hadirnya jodoh namun Allah juga menguji aku dalam hal tu.Bila aku fikirkan aku boleh ada kawan dalam masa susah dan senang dalam waktu pencarian jodoh ku.Namun sangkaan aku meleset.Tiada siapa pun  yang boleh jadi sahabat dalam masa susah dan senangku.
Baru je terkena aku ingatkan dalam aku memenuhi ajakan seorang kawan dengan tidak reti mengata tidak kerana pelbagai alasan,aku ingat bila masa aku memerlukan seorang kawan tu ada untukku.....bukan nak apa apa pun nak minta teman pegi cari barang je..tu pun sudah diberi pelbagai alasan dan minta waktu untuk berfikir...mulanya aku memang jadi sedih sebabnya aku fikir bila masa aku perlukan teman banyak pulak alasannya.Tapi bila aku fikir balik takpelah mungkin itu yang terbaik Allah bagi padaku.....biarlah orang tidak pedulikan kita janji kita tau kita ikhlas dalam persahabatan yang kita wujudkan.Aku sedari dari dulu lagi dalam persahabatan tu aku susah nak dapatkan yang betul-betul ikhlas padaku....ada aje sebab bila perlukan aku dan aku pulak tak serik kawan juga dengan orang macam tu,Tapi selalu ingat apa yang ayah selalu cakap biarlah orang buat kita jangan kita buat orang.Ya Allah bersihkanlah hati ku dari sangkaan yang buruk pada sesiapa pun dan kuatkan keikhlasan ku pada apa jua Ya Allah.Apa pun bagi ku berdua tu lebih baik.... :)


Comments

Popular Posts