Dunia Ditangan Akhirat Diotak






Bismillahirrahmannirahhim,
Dunia dianugerahkan istimewa buat kita yang bernama hamba, namun matlamat hidup kita tetap pada akhirat yang kekal.Menyemai dan menanam didunia dapat hasilnya diakhirat.Seperti petani,kita tahu tak semua yang kita tanam itu hasilnya baik dan sempurna.Hanya Allah yang bersifat sempurna,sebab tu kita tidak baik punya sifat putus asa.Jangan pernah rasa putus asa dalam kita membuat semaian dan tanaman.Kalau ada serangga perosak atau bencana alam.Kita buat semaian dan tanaman yang baru.Begitu juga dengan kehidupan kita, semestinya kita mahukan keseimbangan dunia mahupun akhirat.Pernah aku melihat drama ditv yang menceritakan sorang yang hendak bersifat zuhud tapi gagal memahami maksud sebenar zuhud tu.Dia terus berniat tidak pedulikan dunia dengan beranggapan akhirat itu lebih penting.Namun tanpa kita sedar mana mungkin kita boleh berpisah dari dunia kerana kita memang kena mengalami kehidupan dunia sebelum akhirat.Itulah ketetapan yang dah Allah berikan pada kita.Mahu tidak mahu memang dunialah yang kita lalui dulu.Baik amalan dan tanggungjawab kita maka indahlah akhirat kita....aku dengar ustaz diradio ikim tadi dia cakap biar dunia ditangan dan akhirat diakhirat.Maksudnya dunia tu kita gengam akhirat kita junjung maka insyaAllah kita mampu jadi hamba yang baik.
Waallahualam....

Comments

Popular Posts