Kesempurnaan

Pagi-pagi aku dah stress pasal jodoh.Aku amat hargai niat ummi nak jodohkan aku.Namun orang yang dia kenalkan semuanya sama aje dari segi peragai,rupa dan lain-lain.Kalau dah 2 kali aku menolak orang yang sama maknanya memang aku tak suka.Tapi aku pulak yang dipersalahkan kerana mencari satu kesempurnaan.Ya aku memilih namun ada sebab aku memilih semakin Allah lambatkan jodohku aku percaya Allah bagi yang terbaik untuk aku,bukan seperti mana yang ummi kenalkan.Ummi kadang aku tengok macam sengaja kenalkan dengan orang yang memang aku tak suka dengan orang lain boleh pulak dia kenalkan orang yang baik2 yang ada keja ada pelajaran dan rupa yang meyenangkan.Kenapa aku ni buruk sangat ke sebab tu kena jugak dengan orang-orang macam tu...bukan aku menyalah kejadian Allah namun semua tahu semua nak keindahan kan.Namun keindahan itu pada mata masing-masing.Mungkin pada mata aku tak cantik pada pandangan orang lain cantik.Salah ke....sedangkan Allah pun menjadikan setiap mahluknya lain-lain jadi pandangan manusia ciptaan Nya juga lain-lain.Aku amat-amat terkilan bila dikatakan mencarikan kesempurnaan,itu ke yang aku cari kalau itu yang aku cari kenapa aku boleh rasa suka pada B***.Dia bukan taste aku pun tetapi aku belajar nak menerima orang yang bukan taste aku namun bukan jodoh aku dia pilih orang yang lebih cantik dan manis dari aku.Tapi ada ke orang nak salahkan dia,ada orang nak cakap dia nak kan kesempurnaan.Dia pilih orang yang cantik,kaya dan ada pelajaran tinggi.Siap bohong kat aku cakap perempuan tu tak belajar tinggi tapi aku reda sebab dia memang bukan jodoh aku.Tapi bila part aku senang je orang cakap aku nak kesempurnaan.Dia orang tau mana orang yang nak kawan dengan aku tu.Semua nak dia yang betul,semua cakap dia nak kena ya kan itu baru jadi kawan belum jadi suami.Kalau tak ada tolak ansur senang ke rumahtangga tu nanti..Ntah aku sendiri jadi keliru....

Comments

Popular Posts