Kerja Oh Kerja







Alhamdulillah kerana rezeki yang dikurniakan oleh Allah kepadaku.Walau tak semewah orang lain namun yang sedikit kalau bersyukur akan ada rahmat Allah buat kita.Aku akui kadang aku pun tertekan kat tempat keja, dengan kejanya, dengan orang nya dan organisasinya.Namun bukan kerana itu sampai membuat aku culas membuat keja.Aku tahu bidang keja aku sekarang ni kadang ada keja nak buat kadang duduk memanjang je.Mula-mula dulu aku agak rasa tak selesa nak bebel juga namun dah nak masuk 3 tahun keja kat sini aku jadi imun dan mula rasa syok pulak keja macam ni.Bidang keja aku banyak memberi manafaat pada orang yang telah tersilap langkah sebenarnya.Maklumlah  satu agensi yang memerangi musuh no. 1 negara tapi bila ketua organisasi tak berapa nak betul orang-orang bawahan nya agak tak betul juga.Tapi itu bukan alasan aku dan yang lain jadikan alasan untuk tidak menunaikan tanggungjawab pada kejakan.Kat tempat aku ni ramai orang merantau, ada yang anak isteri dok jauh....aku faham rasa berjauh dengan orang tersayang macam mana tapi itu pun bukan alasan untuk kita culas pada keja kita kan.Kadang tu yang buat aku naik angin jugak bila ketua yang buat perangai dengan alasan supaya boleh pindah ke tempat asal.Dia tak fikir ke buat sesuatu yang dah burukkan nama dia kat tempat keja tu.Yang ada dalam otak hanya nak bersama keluarga aje tak fikir tanggungjawab dan amanah yang diberi.Entahlah aku pun tak tahu nak cakap apa kalau dah tak boleh nak buat keja dan rasa nak sangat duduk dengan family tu berenti je keja dan balik kampung.Bila diri kita tak mau buat keja dan tak libatkan orang lain tak apa, tapi ni tak..... libat kan orang lain tu yang kadang orang lain yang bermasalah,orang lain yang tekanan.Aku ni kadang pegi keja dengan niat dan diri yang ceria tapi bila dah sampai pejabat tengok orang-orang gine buat perangai,aduhai tak tekanan jadi tekanan pulak.Aku haraplah orang tu akan dapat petunjuk dari Allah.Aku ni pun bukan nya sempurna tapi sekurang-kurangnya jangan jadi masalah pada orang lain.

Comments

Popular Posts