Solat yang Perlu Diperbaiki

Bismilahhirahmannirahim,Alhamdulillah dengan kurniaan iman dan islam dari Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.Kehidupan diteruskan seperti biasa,cuaca yang panas buat aku rasa sedikit tidak selesa namun sedar itu adalah akibat perbuatan manusia itu sendiri.Alhamdulillah kereta kesayangan dan boleh start tapi tak tahu kalau lepas gaji minggu depan ada masalah lagi sebab tak major service lagi kan.Macam biasalah tak ada perkhabaran dari pinjaman aku tu.Harapan aku semoga Allah bagi jalan ,bagi idea untuk bahagian IT dan bahagian management kat bank tu buat penyelesaian pada masalah sistem yang dah menyusahkan aku.Ok hari ni tak mau cerita pasal pinjama tu lagi hati aku dah pasrah dan hendak menunggu je.


Hari macam biasa sebelum mula buat kerja aku baca blog biasa aku baca blog Ustaz Pahrol Juoi yang telah mengerakkan hati ku.Aku mula rasa takut andai Allah mati dan keraskan hati aku yang lemah ini.Betapa takutnya bila Allah dah palingkan diriNya dan tak mahu beri aku petunjuk dan hidayah lagi.Allahuakbar aku tak mau,sungguh hati ini juga perlu diberikan makanan dan vitamin agar terus segar dan pada landasan ajaran agama islam.Aku sedar lately ni hati aku terlalu cepat untuk memberontak,aku sedar aku sebenarnya menyalah takdir yang diberikan Nya.Allahuakbar mana pergi semangat dan jiwa yang kental dalam diriku.Kenapa semakin lemah,aku mula muhasabah diri dan aku tersedar dalam aku membaca tulisan Ustaz Pahrol ni,




"Nauzubillah, kita tidak inginkan hati yang mati. Kerana hati yang mati lebih berbahaya daripada jasad yang mati.  Kita inginkan hati yang terus mendapat cahaya daripada Allah. Biarlah cahaya ilmu dan iman terus berada di dalam hati kerana itulah bekalan yang paling penting untuk mendapat keselamatan dalam kehidupan di dunia dan akhirat. Firman AllahMaka apakah orang-orang yang dibukakan Allah hatinya untuk (menerima) agama Islam lalu ia mendapat cahaya dari Tuhannya (sama dengan orang yang membatu hatinya)? ….”(az-Zumar: 22)
 Untuk itu hati mestilah sentiasa mendapat kerehatan dan rawatan. Jangan dibiarkan hati menjadi terlalu letih dengan urusan dunia, tanpa mendapat kekuatannya semula. Dengan apa hati berehat? Hati berehat dengan solat. Demikianlah yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW apabila ada perkara berat yang mengujinya.  Baginda akan bersabda kepada Bilal: “Wahai Bilal, rehatkan kami dengan solat”. (Ahmad). “Bangun ya Bilal, rehatkan kami dengan solat”. Ya, dengan solat hati berehat, dengan solat hati kembali kuat.
 Justeru hukama berkata, ““Apabila kamu merasa hidup kamu tidak baik, maka ketahuilah sesungguhnya kerana solat kamu masih belum baik”.Dalam solat, hati yang penat akan tersambung dan terhubung kepada Allah, Tuhan yang Maha Kuat. Pada ketika itulah hati belajar ‘melepaskan’ segala kekusutan yang membelenggunya. Pada Allah jualah diadukan segala keresahan, kerunsingan dan kelemahan diri. Solat ialah talian hayat bagi hati yang kelesuan dan kekeliruan apabila dihentam pelbagai ujian.
 Let go, let God – belajar melepaskan dan menyerahkan segala urusan kepada Allah. Pada ketika itulah hati yang sendat dengan pelbagai masalah itu melepaskan segalanya kepada Allah yang Maha Perkasa. Ia akan kembali lapang dan tenang. Umpama setitik air yang dilepaskan kembali ke tasik yang luas dan dalam. Maka begitulah hati yang kembali kepada Allah. Ia kembali kepada asalnya. Ia kembali kepada fitrahnya.
 Hidup ini penat, mari berehat dengan solat. Solat adalah satu tempoh berehat buat seluruh anggota badan, terutamanya hati.  Hati ialah ‘anggota’ manusia yang paling penat kerana dialah yang menjadi penggerak kepada segala perlakuan dan tindakan samada yang zahir atau yang batin. Dialah pemerintah yang paling banyak kerjanya dalam masa sehari, seminggu, sebulan, setahun, malah sampai seluruh hayat. Hati yang bersifat maknawi itu sama seperti jantung yang tidak pernah ‘bercuti’ daripada mengepam oksijan dan darah ke seluruh tubuh."
 Ya hatiku perlu dirawat dengan solat,sungguh aku sudah jauh dengan solat akar dalam kehidupan aku.Aku masih bersolat namun aku selalu tidak endah akan kepentingan solat.Andai tertinggal aku dah mula rasa takpe hidup masih boleh macam orang lain.Ini sebab hati sudah dibisik bahawa hidup orang lain yang tidak solat pun boleh senang dan bahagia sahaja,tapi aku lupa hidup aku dan hidup orang lain Allah dah tetapkan takdirnya.Aku kena ikut dan berdamai dengan takdir,belajar reda dan pasrah dalam sesuatu keadaan.Aku sedar aku perlu banyak membaca,kerana aku perlu ingat aku jauh dari mak dan ayah dan aku tidak mahu membebani mereka dengan masalah aku dan aku kena ingatkan diri ku yang orang yang dekat dengan kita pun bukan boleh ada untuk kita 24 jam.Hanya Allah saja yang boleh sentiasa ada untuk kita hambaNya.Ya Allah ampunkan aku kerana kekecewaan hati yang membuat aku jauh dariMu.



Comments

  1. Saye juga melalui Kisah spt awak. Sehingga sekarang masih lagi bujang. Tp lately Allah Temukan saye dgn satu kefahaman. Yakni 'law of attraction'. Awak cuba la kaji. Kite jadikan diri kita positive. Sampai hilang Panas di hati,badan dan kepala. Kena habis positive. Kemudian kita akan jd magnet kpd segala yang baik dan positive. Kena lawan.nak senang kena pegi masjid.mcam saye lelaki senang lah.kt masjid lah centre of positive energy. So hari2 kena top up dgn pergi ke masjid. Semoga berjaya! Jgn putus asa. Ramai lg org yg lagi dahsyat penderitaan mereka.assalamualaikum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam terima kasih Alfie In Syaa Allah saya akan jadi sepositif yang boleh.Diri ini masih banyak yang diperbaiki dan sentiasa nak belajar :)

      Delete
  2. =) you can do it! Dun give up!
    Ini email FB saye.buleh add saye as a friend-turbine.bladez@gmail.com nickname ALfiyyn mg.

    ReplyDelete
  3. tq baru tgok blog lagi busy sikit ;)

    ReplyDelete
  4. No problem take your time.time heals everything.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts