Be Cool

Bismilahhirahmannirahim,Alhamdulillah dengan iman dan islam dari Ilahi.Alhamdulillah kerana diberikan nafas dari Allah taala.Alhamdulillah dengan kehidupan yang diberikan.Betapa hati yang rosak membuatkan aku jauh dari rasa rahmat Allah taala...Maafkan Ya Allah sungguh jiwa ku sudah tidak tertahan dengan dugaan demi dugaan yang datang sungguh diri sudah makin lemah aku rasakan.Jiwa sudah kering dengan motivasi yang membangunkan diri,jiwa dah kecewa terlalu banyak...sampai satu saat sudah tidak daya melawan segala angin negatif yang masuk dalam diri.Allahuakbar sungguh aku rasa malu padaMu Ya Allah ,sungguh aku benar buntu dengan ujian kasih sayangMu,sungguh aku tidak dapat melihat hikmah disebalik ujian yang bertubi,sungguh aku gagal lagi......

   Namun sentiasa ada rahmat yang kau berikan pada hamba yang berdosa ini,hamba yang lalai dengan tanggungjawab sebagai hamba.Allahuakbar aku berdosa Ya Allah....namun Engkau masih hadirkan sahabat yang boleh membantu....Malu diri ini dengan kelemahan yang ada,ego yang membuat aku rasa aku tidak memerlukan pertolongan orang lain...kerana aku selalu terfikir aku tidak mahu terhutang budi lagi...sebab aku sudah perit menerima akibat apabila berhutang budi pada manusia ini.Namun apa yang aku harap agar yang menolong aku kali ini ikhlas andai ada kelemahan diri ku tegurlah bukan untuk dihina,aku juga hauskan teguran agar aku boleh perbaiki diri sendiri.


     Hujung minggu yang tenang,terima kasih pada sahabat yang membantu kewangan ku dan sahabat yang membantu aku untuk membeli barang basah dan keperluan dapur.Tenang dalam berehat dan memyiapkan kerja yang patut dirumah,menyapu,basuh baju,lipat baju dan masak he3 walaupun untuk diriku sahaja.Dalam berehat setelah habis kerja rumah,terlihat satu buku yang dah lama aku beli tapi tak ada jiwa hendak membaca,dah tiada apa nak buat aku start membuka dan membaca,aduyai sungguh jiwa aku kering,apabila membaca baru mula muhasabah diri sungguh aku hamba yang sangat lemah Ya Allah.


    Jiwa mula rasa basah mula boleh berfikir dengan rasional,yalah aku hanya hamba yang lemah bila aku jauh dari Allah jiwa memang senang memberontak harap aku boleh sentiasa rasioanal dan memandang masalah sebagai ujian kasih sayang Allah.Terima kasih Ya Allah kerana Kau berikan idea penulisan buat hambaMu Bonda Nor dan disampaikan jawapan pada soalan jiwaku yang kering ini.Belum habis baca lagi.Banyak benda perlu aku explore dan belajar. Ya Allah semoga hari-hari yang mendatang memberikan pengajaran dan pembelajaran buatku hambamu yang lemah ini.Sungguh aku selalu lalai dan lemah Ya Allah.

Comments

Popular Posts