A.L.O.N.G

Bismillahhirahmannirahim,Alahamdulillah atas kurniaan ilahi iman dan islam ini.Syukur ku kehadratMu Ya Allah atas nyawa yang dipinjamkan dan kekuatan yang diberikan.
Menjalani kehidupan seperti biasa belajar untuk bertahan tapi barang keperluan dirumah kian merosot.Duit cash yang ada ditangan tinggal RM4.Barang untuk digadai dah tak ada....yang ada kekuatan dari Ilahi aje ni.Aku nak ngadu kat sapa..ada orang nak percaya ke.Kereta dah masuk minggu ke-3 tersadai tak bergerak kemana.Pasal pinjaman yang dibuat asyik dalam proses.Bila ditelefon ke ibupejabatnya menyatakan masih sangkut kat pegawai kredit tu,tanya kat pegawai kredit dia cakap nanti call ibupejabat dia macam mana.Itulah sikap orang kita suka untuk point kat orang lain tapi tiada penyelesaian.Akhir orang seprti aku terkatung2 menunggu apa sebenar status pinjaman aku.Aku kalau mampu aku tak buat pinjaman lagi.Buat apa nak tambah beban pada diri sendiri.sekuat hati menahan diri untuk tidak berhutang tapi keperluan duit semakin meninggi....apa yang patut aku lakukan...aku tak salahkan sesiapa aku nak usaha untuk diriku sendiri kenapa payah sangat.

   A.L.O.N.G ,bukan yang rancangan kanak-kanak tu tapi terkenal kerana senang bagi pinjam kat orang dan paling tegas bila nak duit dia balik.Takkan nak pinjam kat A.L.O.N.G aduhai...tapi dari apa yang berlaku aku berfikir bukan salah pun kalau orang lain nak g pinjam ngan along kalau dah bank buat macam ni.Dah dalam keadaan terdesak apa saja boleh buat..ada juga difikiran nak jual diri je untuk dapat duit...dah nak dapatkan yang halal makin susah adakah jalan haram itu mudah....memang aku tengah serabut sangat2 ...andai perut kosong perlu diisi may be benda haram yang aku perlu buat...arghhhh aku sendiri tak tahu...


Berbalik pada penciptaku Allah s.w.t...adakah aku ini hamba yang teruk sangat hingga tiada apa yang Kau boleh mudahkan untuk aku....Bagaimana untuk bersangka baik andai dugaan itu makin menjadi teruk...Aku mohon supaya untuk dapat duit pinjaman itu dipermudahkan sebab memang aku perlukan bukan setengah orang lain buat pinjaman untuk percutian....tolonglah aku Ya Allah apa cara patut aku buat....adakah Kau izinkan aku untuk buat benda haram...nauzubillahimizalik......:(



Comments

Popular Posts