Kalau Aku Ada 50 Juta :)

Bismilahhirahmannirahim,Alhamdulillah dengan belas ihsan Alah taala yang memberi iman ,islam dan nafas pada hari ini.Perjalanan hidup seperti biasa cuma masa nak menaip ini start bersin dan batuk aduiii nak demam lagi ke...takpe terima sakit itu penghapus dosa.Semalam agak tegang sebab call lagi untuk confirmation dari pihak bank tu namun hasilnya memang mengecewakan tak ada apa-apa progress pun.Entahlah aku memang dah buntu tapi aku memerlukan perkhidmatan diaorang dah macam pengemis pulak.Inilah yang orang lain rasa kot bila memerlukan sesuatu dari orang lain tapi tiada yang memudahkan.Tak putus asa aku try pulak bank lain yalah aku ikhtiar,namun ada bank tak leh sebab gaji kecikkan dan bank belum tau lagi.Aku ni jenis suka prepare awal sebelum buat sesuatu senang sebab tau aku ni jenis gabra.So aku pu pergi lah ke bahagian admin pejabat aku untuk mintak borang pengesahan majikan,sedihnya pegawai tu cakap tak boleh sebab takut aku ambil dua-dua loan tu.Ermmmm aku baru nak prepare je dah dapat jawapan yang negatif.Memang down sangat memang dah bergenang air mata tapi belum tumpah tak tau kenapa aku rasa jalan ku semakin sempit tidak dimudahkan.Aku boleh fikir rasional lagi takkan aku nak ambik loan yang banyak sedang aku tidak mampu.Loan yang ini pun aku takut nak buat sebab aku takut nanti menyusahkan aku.Aku pun memang fikir sesuatu yang tidak menyusahkan aku sebab aku sedar aku ni hidup sendiri takkan nak menyusahkan orang je bila bab duit dan kewangan ni.Tak nak aku mati dalam menangung hutang.


        Namun hari ni aku tak nak sedih-sedih dan tak nak susah hati ,pagi-pagi lagi dah berangan he3 kalaulah aku ada 50 juta,pertama aku mesti langsaikan hutang-hutang aku,kedua aku nak bawak mak dan ayah pergi menunaikan haji ngan adik-adik ku sekali,ketiga aku nak tolong kakak-kakak ku dari segi kewangan diaorang terutama kakak yang ada diSabah sebab dia dah jadi single mom,keempat nak perbaiki rumah mak dan ayah walau pun rumah tu bukan hak aku tapi aku nak jadikan rumah itu selesa untuk mak dan ayah ku hingga akhir hayat diaorang.Kelima baru aku belikan rumah untuk sendiri he3 dah mampu boleh ambil anak angkat mampu sesiapa yang susah tertutama yang jadi macam aku....itulah angan-angan aku :).

           Andailah jadi kenyataan bahagia hidup didunia In Syaa Allah diakhirat jua,tapi yalah Allah Maha Mengetahui andai aku ada sebanyak itu mungkin aku akan jauh dari Nya,semua Allah itu lagi mengetahui jadi syukur dengan apa yang ada jelah.Apapun angan-angan dan impian hanya untuk keseronokan sekejap,hakikat hidup yang berliku ini harus dihadapi dengan dada yang lapang.Ya Allah Kau mudahkan lah yang yang sukar,Kau leraikanlah mana-mana yang berserabut .Aku hambaMu yang lemah yang benar-benar memerlukan bantuanMu.  



Comments

Popular Posts