Kereta Kesayangan



Bismilahirrahmannirahim,Alhamdulillah dengan nafas yang dikurniakan dan masih diberi kesempatan untuk bertaubat.Hidup dilalui macam biasa walau penuh dengan dugaan demi dugaan yang kadang sangat memenatkan.Namun setiap hari aku memang sentiasa cari kekuatan untuk teruskan kehidupan.Adakala memang aku akan tersungkur dan sentiasa berharap Allah membantu aku.Sentiasa berharap diri ini menjadi sepositif yang boleh tapi aku rasa aku makin negatif...tak bersyukur ke aku tak reda ke aku.Entah aku sendiri dah tak tahu dan aku sendiri tak pasti.


         Satu dugaan datang bila kereta kesayangan aku mengalami kerosakkan...nak kena service dan dah kena tukar tayar...dalam aku tahan diri aku dari buat pinjaman aku terpaksa jugak buat sebab aku sendiri dah rasa bahaya bawak kereta tu.Tapi semuanya setakat aku rancang je....mungkin kerana dosa yang bertimbun menjadi halangan pada pinjaman yang aku buat....tertekan sangat2.Aku dah tahu aku dah kena service kereta kesayangan ku itu tapi disebabkan kekangan duit aku holdkan dulu ...apa boleh buat dia dah rosak dulu....malam aku nak keluar g makan mulanya bateri yang kong ,nasiblah bengkel buka lagi dan kebetulan hari gaji so aku gantikan terus baterinya...walau dah lari budget untuk aku bulan ni.Siangnya dah rosak yang lain,dah aku dah buntu sebab tak ada duit nak baiki...so aku follow up dengan pinjaman aku tu...malangnya macam2 alasan yang diberikan...


Image result for gambar kereta viva

    Ini dah masuk 2 minggu kereta kesayangan tersadai...hati siapa yang tak sedih, kereta tulah satu2 nya untuk aku bergerak yang dah banyak berjasa pada aku walau dia bukan benda hidup tapi rasanya dia lebih baik dari yang hidup.......nak sharing dengan kawan-kawan pun,kawan-kawan dah meluat sebab aku ni tak ada cerita yang happy asyik2 ada tekanan je.Entah aku pun tak tahu nak hadapi dugaan dengan kegembiraan...yang aku tahu aku dah makin lemah.....Ya Allah hanya Kau tahu yang terbaik buat hambaMu ini....



Comments

Popular Posts