Perlu tak.........



Bismilahhirahmnnirahim,Alhamdulillah Allah masih memberikan nafas,iman dan islam pada hamba yang penuh dosa ni.Cuma pagi tadi je nyaris2 terbabas he3 semenjak cuaca panas ni hampir setiap malam payah nak tido dah nak pagi bila sejuk baru mata boleh lelap tapi yalah dah pagi memang tak leh lah nak tido sebab nak pergi keja dah.

         Diri ini dalam proses nak menerima apa yang berlaku itu ada hikmahnya....namun ianya lebih membuat aku rasa sedih....kisah membuat pinjaman yang tak selesai lagi,kereta dah masuk sebulan minggu ni masih tersadai.Bos dah bising sebab kereta tak bergerak2.Aku nak buat cmne bukan aku nak pun kereta tu tersadai macam tu je.tak ada sapa yang suka ditimpa dengan pelbagai masalah dalam satu masa.Penat tapi cuba untuk belajar menerima dan reda.Namun dalam pada itu hati kadang rasa sangat sebak macam malam tadi bila tercari-cari kawan untuk meluahkan , bertanya mencari jalan keluar segala msg dan waasap tak berjawab.Itu membuatkan diri ku tambah rasa memang aku tak ada kepentingan untuk orang lain pun.

           Tapi yalah aku tak salah kan sesiapa pun,belajar bersangka baik kan aku ni siapa yang diaorang nak balas msg pun.Kalau adik beradik kalau kekasih hati kalau bff yalah kena jawab on the dot bila dapat msg.Aku???? he3 buat apa nak balas msg aku.Berbalik pada buat pinjaman tu aku dah jadi malas,tapi aku perlukan duit tu...apa jalan keluar ku.Berdoa belum ada jawapan bertanya dengan manusia lagilah tidak membantu.Kenapa satu bank yang sangat gah untuk negara punya masalah yang kecil ambil masa berbulan untuk diselesaikan.


          Katanya pinjaman aku tak leh nak lulus lagi kerana status aku dalam sistem tertukar menjadi pesara kerajaan.Bila ditanya kenapa boleh jadi macam tu jawapannya tak tahu boleh ke satu organisasi yang gah menjawab pada pelanggan macam tu.Iklan dalam tv bukan main lagi sampai ke hutan boleh memberikan perkhimatan tapi satu masalah sistem yang bagi aku kecil ambil masa berbulan tak selesai lagi.Aku pun pernah kerja dengan bank,dan selalunya bank bila ada masalah tidak akan ambik masa yang lama untuk selesaikan kerana itulah diaorang punya skop kerja tapi bank yang sangat gah ini sangat-sangat tidak profesional.


      Memang aku jadi terasa sangat-sangat sebab aku sangat-sangat memerlukan tapi lah apa yang mampu aku buat selain bersabar jelah Allahuakbar sungguh hanya Engkau saja Penolong ku


Comments

Popular Posts