Saat,Minit,Jam,Hari,Minggu,Bulan dan Tahun........... :(

Bismilahhirrahmannirrahim,Alhamdulillah dengan kurnia iman dan islam.Syukur dengan rezeki sihat walau belum ada rezeki kasih sayang aku kena belajar reda dan berlapang dada.Sehabis baik dah aku buat untuk aku nyatakan aku bersungguh tanpa mengira siapa dan mana asalnya.Berulang kali memberi peluang walau berulang kali hati terluka.Siapa yang nak faham siapa yang nak ambik tahu kecuali diri sendiri dan yang Maha Esa.Berulang benda yang sama berlaku buat aku rasa hati mulai mati..nauzubillah..Ya Allah tolonglah hambaMu ini.Dulu ada yang bercakap aku ni memilih tu sebab lambat jodohnya....tapi aku yakin kan hati bahawa Allah yang tentukan semuanya.Pernah aku terima orang yang aku tak kenal kerana aku ingat kenal mak nya dimasjid dan dia dari keluarga elok-elok.Penuh harapan dan ajar hati untuk menerima siapa pun dia namun akhirnya aku dikhabarkan dia dah berkahwin tanpa memberi jawapan apa-apa padaku.Hina sangat ke aku ni sampaikan langsung hati dan perasaan aku tidak pernah orang nak fikir pun.Lepas tu dua tiga orang juga dikenalkan tapi hati ku jadi tawar sebab ada sampai yang cakap dia orang tak sampai nak masuk meminang pun dah tu nak kawan untuk maksud apa.Aku ni memang tak layak untuk siapa-siapa ke.Sampai aku kenal yang sekarang ni.Dah lama kenal cuma baru tahun lepas dia beria ajak kawen dan kata nya dia ikhlas.Aku lah bukan main lagi walau tau dia susah dari segi kewangan aku berlapang dada menerima kerana dia je yang aku tengok penuh ikhlas saat itu ingin memperisterikan aku.Langsung aku tidak berkira hinggakan aku buat diri ku bukan seperti diri ku.Tiap hari penuh rasa simpati buat dia dan hari demi hari timbul rasa sayang.Macam-macam peluang yang aku bagi untuk kami halalkan hubungan kami namun aku tak faham kenapa dia perlukan wang yang banyak untuk kawen...mana rasa kasih mana rasa sayang yang dia cakap kalau apa yang aku cadangkan semua tidak diterima....selalu dalam apa jua situasi aku hanya diam kan diri kerana bagi ku aku mengalah bukan sebab aku kalah tapi hendak dia nampak ikhlas hati aku dengan dia tapi masa berlalu tiada apa yang dia tunjukkan dia bersungguh...Ya Allah ampunkan aku hambaMu yang berdosa ini..Permudahkan semua nya Kuat kan aku untuk UjianMu...


Comments

Popular Posts