Buat Marah ...... Jadi Marah.....

Bismillahhirrahmannirrahim,Alhamdulillah dengan kurnia islam dan iman.Syukur dengan dengan rezeki kesihatan yang diberi.Hujung minggu yang menenangkan melihat keindahan ciptaan Allah Taala.Kadang kita ni perlu untuk lari sekejap dari kebiasaan hidup.Aku biasalah tempat yang aku suka ialah Cameron Highland.Tempat yang sangat damai dan sejuk walau orang kata tak ada apa kat sana tapi bagi aku sungguh lega boleh tengok sayur dan bunga.Aku rasa seronok sangat sampai nak balik semalam aku rasa sungguh berat.Lari dari jerebu,catuan air dan hubungan yang tak pasti.Dapat lari sekejap pun tak apa.Dapat menghirup udara segar,pemandangan yang hijau amat mengasyikkan.Senang hati dapat makan jagung dan strawberi coklat..nyum2.....Semalam balik-balik  je dah kacau bilau jiwa tengok peragai manusia ni.Sama ada kerana cuaca atau memang diri sendiri...entah aku keliru.Sampai dirumah budak satu rumah parking depan gate so aku tak leh nak masuk takpelah sebab aku nak keluar lagi dan aku ingat dia pun nak keluar sebab selalu nya kita orang kat rumah tu akan parking macam tu bila nak keluar semula.Bila aku balik rumah lagi lepas keluar kereta dia masih lagi kat situ aku ingatkan dia keluar dengan tunang dia takpe lah walau ada sedikit marah dalam hati aku positifkan diri.Terkial-kial aku nak masuk nasib baik kereta kakak tu tak ada so dapat lah aku masuk ke tempat aku biasa parking melalui tempat kakak tu parking tapi agak susah jugak.Yang buat aku rasa bodoh dan benggong,lepas aku siap parking budak tu keluar dan boleh cakap susah tak nak parking.Allahuakbar...dia ada dalam rumah rupa nya dia dah tengok lampu kereta aku kenapa tak keluar nak alihkan kereta...aduyai keliru memang naik angin jugak rasa nya tapi aku kontrol dan cakap tak susah.Kemarahan yang jadi kesedihan sudahnya...ada jugak manusia macam tu...ermmmm tak leh nak fikir ke.Aku terfikir hati dan perasaan aku ni tak layak nak dijaga atau orang ingat bila aku dok gelak dok senang ati orang fikir hati dan perasaan aku tak perlu nak jaga.Aku juga ada rasa aku jugak ada hati kadang jadi sedih kerana belum ada yang faham rasa aku.Aku ni cepat cool walau aku ni cepat panas.Alhamdulillah satu yang aku boleh ukur pada diri ku sekarang ni aku masih cepat panas tai dah boleh kontrol tak meracau macam dulu he3 macam lah teruk sangat.Jahat manalah orang tu kat aku sekali je dia buat baik kompom aku lupa terus kejahatan dia.Tapi orang tak pernah rasa macam tu bila tengok aku ni kaki gelak kaki senang ati orang pun boleh je nak buat aku naik darah.Entahlah sedih ni aku belajar untuk menerima sebagai salah satu rencah dalam hidup ku.Ada kawan pun akan hilang masa aku sedih...ni lagi aku tak faham...ada kawan pun masa aku perlukan ada je alasan yang diberi kadang aku terfikir aku ada buat silap ke.Ada sekali pun silap aku memang tak boleh nak maafkan ke macam aku maafkan walau ada masa aku juga terasa dengan peragai kawan.Aku pun manusia bukan nya sempurna ada masa kelakuan ku mungkin mengundang kemarahan seperti mana orang boleh buat aku marah tapi aku cuba sedaya upaya untuk ambik hati balik.Untuk aku tak boleh ke buat benda yang sama.Ada yang kata kalau kita baik orang akan baik jugak kat kita tapi aku rasa bila bahagian aku selalunya tak ada pun.Aku ada kawan yang boleh buat tak tau atau dalam kata lain boleh pinggirkan aku tapi bila perlu dia akan buat baik dan tahu aku akan lembut disitu dia akan cakap apa yang dia nak...Memang aku banyak kawan yang macam tu atau dalam bahasa yang tak berapa elok ambik kesempatan tapi aku ni tak pernah serik pun kawan dengan orang macam tu nanti aku baik jugak balik he3 itu lah aku sampai kan ada kenalan cakap aku ni lembut ati sangat.entahlah itu lah aku...aku tak reti nak buat keras ati...Aku cuma ingat kan pada diri itulah Ujian Allah buat aku....memang dari dulu aku dapat kawan kebanyakkan nya ada masa senang je masa aku susah...susah jugak aku nak cari.Itu yang boleh aku ke cameron sorang diri...1st time bila bawak hati yang kecewa dan sedih apa pun boleh takut boleh jadi berani...Alhamdulillah lega walau balik sini stress tu datang balik tapi aku tarik nafas panjang dan positif kat diri.Ada blog ni aku luahkan aje apa yang aku rasa.Aku ni manusia biasa yang punya rasa dan punya silap sama seperti yang lain....

Comments

Popular Posts