KeRaHmaTan

Bismilahhirrahmannirrahim,Alhamdulillah dengan nikmat islam dan iman....syukur dengan dengan hidup yang cukup makan,tempat tinggal dan kesihatan yang baik.Alhamdulillah akhirnya hujan membasahi bumi yang kering ini....Sungguh Allah itu Maha Menyayangi walau banyak hambanya berbuat dosa.Pesawat MH370 masih hilang dari radarnya...masuk hari yang ke-13.Ada yang masih bersabar ada yang dah mula marah..sungguh kita ni hanya manusia biasa mampu sabar tapi ada had nya walau sebenarnya sabar itu tiada istilah ada had nya.Hidup ku seperti biasa,rindu kan kakak di Sabah baru call dia semalam Alhamdulillah dia dan keluarga sihat seperti biasa.Geram bila dengar anak buah bersembang dengan kakaknya...Apa boleh buat jauh kalau tak hari-hari nak jumpa.Sempat jugak call mak melepaskan rindu.Ini lah rutin hidup jauh dari keluarga,rasa rindu macam mana sekali pun hidup mesti diteruskan.Hubungan dengan orang tua jangan diabaikan supaya sentiasa ada rahmat dalam hidup kita.Kadang aku pernah rasa susah nya nak hidup tanpa keluarga disisi dan sekarang aku masih merasai nya namun kehidupan perlu diteruskan dan sabar harus setiap hari disiram dengan keyakinan rahmatNya supaya sabar aku tiada had.Begitu juga dengan perihal jodoh kadang aku dah give up namun kerana yakin dengan rahmatNya aku kuatkan sabar ku untuk terus hidup tanpa teman hidup dalam mengharungi hidup ini.Dalam mengharungi kehidupan pelbagai krisis dihadapi he3 bukan Malaysia saja menghadapi krisis MH370 hilang namun hidup kita hari-hari ada krisis.Dari mula bangun tidur,pasti ada yang berlaku.Sama ada terlewat,terawal atau kemalasan...he3 satu masalah pada orang bujang macam aku adalah sentiasa malas....itu lah kelemahan atau entahlah kalau hari keja tau nak bangun awal sebab tau ada tanggungjawab untuk keja tapi kalau sabtu dan ahad aduhai malas bertan2 sebab nak bangun pun kadang berfikir nak buat apa....Alhamdulillah kadang tu tak lah lewat sangat dah bangun cuma malas sebab tahu tak ada benda nak buat selain basuh baju,kemas bilik dan benda2 biasa dalam hidup.....teringin nak berumah sendiri tapi belum berkemampuan masih dalam doa..he3...merapu sungguh aku hari ni..bosan sikit sebab jaga kaunter benda yang aku paling tak suka he3...sungguh pantang aku ni bila turn aku nak jaga kaunter walau dah tugas sebenarnya...dengan cuaca ala2 sejuk sedap je rasa mata ni nak tutup....dahlah rasa nak makan je...he3..apa pun masalah dunia yang Allah bagi kena ingat Akhirat tu kekal jangan diberatkan sangat dunia kerana Akhirat tu yang patut diberatkan....peringkatan untuk diri sendiri :)


Comments

Popular Posts