Pencerobohan

Bismillahhirrahmannirahim,
Alhamdulillah dikurniakan kesihatan yang baik dan masih mampu untuk menikmati keamanan dan ketenangan .Agak sibuk akhir-akhir ni (gelombang PRU 13 punya pasal) namun aku turuti jua kerana itulah tanggungjawab yang ditanggung sebagai penjawat awam.Namun dalam kesibukan tu aku tidak tertinggal dengan berita pencerobohan yang berlaku kat Lahad Datu Sabah.Hati ni memang tersentuh apatah lagi bila ianya melibatkan anggota polis.Apa yang buat aku rasa sedih bila mana ada pihak yang mepolitikan isu ni dan ada pihak yang main tuding jari je kepada anggota keselamatan negara....Boleh tak pihak-pihak ni letak diri diaorang kat tempat anggota keselamatan ni dan kat tempat Ketua Negara apa agaknya tindakan korang.Ada ke orang nak suka-suka mati atau suka-suka bermain kat Lahat Datu tu...Cuma dalam hati aku tertanya-tanya juga sebab kenapa benda ni berlaku pada waktu terdekat nak PRU 13..siapa dalangnya siapa pun tak tahu hanya khabar angin je..ni lah kelemahan dunia di hujung jari ni.Fitnah disebarkan dengan begitu mudah je dan semua orang cepat sangat percaya tiada langsung rasa nak siasat satu-satu berita tu lepas tu sesukahati menghentam satu-satu pihak.Belajarlah berfikir dahulu sebelum bercakap, ada setengah individu yang mengaku pejuang islam dan menghentam terang-terangan kerajaan yang memerintah...kita berhak bersuara namun apa yang disuarakan hendaklah sesuatu yang bermanafaat dan suatu yang membina bukan suatu yang menghukum seseorang.Tak bermakna bila kita dah berubah dari segi pakaian kita,kita dah cukup amalan kita untuk masuk syurga dan ianya tiket untuk kita menyalahkan orang lain.Jangan kita terlalu melihat kejahatan orang pada masa kini kerana kita tidak tahu apa akhiran hidup dia dan akhiran hidup kita.Apa yang terbaik berdoa agar pemerintah kita memerintah ikut landasan Islam dan kita masih boleh hidup dalam keamanan serta boleh beribadat dengan baik.Tiada untungnya bertelingkah apatah lagi sesama islam,orang yang beragama lain silap haribulan bertepuk tangan melihat gelagat kita ni.Kadang sebak sangat-sangat bila melihat pertelingkahan sesama islam dalam dunia maya ni.Doa je yang mampu dibuat untuk bersatu...Aku harap sangat kepada pihak yang bertanggungjawab dapat menyelesaikan isu Lahat Datu ni dengan segera..apa pun fahaman politik kita nyawa dan kedaulatan negara tu penting bagi aku.Ya Allah lindungilah tanahairku dari sebarang ancaman pihak luar...



Comments

Popular Posts