Marah ke....

Bismillahhirrahmannirrahim,
Alhamdulillah syukur dipanjatkan kepada Allah s.w.t kerana kurnia yang tidak luak sekali pun pada hambaNya yang banyak melakukan dosa...Ya sungguh aku hamba yang berdosa....walau hanya duduk dirumah dosa masih mampu dibuat dengan mata dan hati....Ya Allah ampunkan aku...
Hujung minggu yang biasa-biasa saja dihabiskan dengan tidur dan tengok tv (mode kemalasan ya amat) bila dah petang tak sanggup nak bermalasan sebab ada banyak keja nak buat (walau single mingle ni) nak lipat baju dan kemas apa yang patut (walau aku hanya ada bilik sekangkang kera je) aku akui banyak benda aku share dengan tuan rumah tempat aku menyewa ni...(belum mampu pun nak ada barang sendiri) tapi aku tetap  bersyukur sebab tuan rumah ni dan banyak berjasa pada aku...namun aku terfikir sejenak kalau kita ni banyak makan budi orang makanya kita tak ada hak ke atas diri kita..tak tahulah tapi itulah dunia...diriku kena sabar banyak nak marah pun siapa aku nak rasa semua tu...mengalah tak bererti aku salah...so kena tarik nafas dalam-dalam dan maafkan.Terfikir dalam diri ku orang lain tak fikir ke rasa aku...ermmm bila fikir balik siapa aku yang orang lain nak kisah kan..sungguh aku hanya manusia yang amatlah tak ada apa yang istimewa yang boleh buat orang tertarik samada nak jadi suami atau nak jadi sahabat aku...sungguh aku mengaku dunia memang kena ada duit dan pangkat namun aku kena yakin akhirat itu kekal abadi dan tak perlu semua tu..biarlah miskin didunia kaya diakhirat...
Marah takkan selesaikan masalah...hanya serabutkan lagi...bertenanglah wahai hati sungguh Allah tahu semua nya...ni yang buat aku rasa nak balik kampung ni...uhuk...uhuk...uhuk....aku amat lemah Ya Allah.....


Comments

Popular Posts