Indahnya Hidup Andai.......

Bismillahhirrahmannirrahim,
Indahnya hidup andai,
Punya teman yang sentiasa disisi,
Punya masa untuk mendengar segala yang terbuku dihati,
Punya kasih yang tak berbelah bagi buat diriku,
Punya cinta kerana Allah dan tanpa syarat padaku,


Indahnya hidup andai,
Punya keluarga yang sentiasa dekat denganku,
Punya mak dan ayah yang boleh dilihat setiap hari,
Punya adik-beradik yang boleh kongsi apapun,
Punya anak-anak buah yang buat aku sentiasa tersenyum,

Indahnya hidup andai,
Punya sahabat yang benar bergelar sahabat,
Punya sahabat yang ada masa susah atau senang,
Punya masa untuk sentiasa mendengar,
Punya sahabat yang memahamiku,

Namun,
Semua itu hanya dalam anganku yang tak pernah putus,
Berangan punya teman yang kasih dan ambil berat hanya dalam mimpi,
Mimpi yang aku tidak tahu bila sedarnya,

Namun,
Sebagai perantau mana mampu aku melihat mak dan ayah setiap hari,
Adik-beradik untuk kongsi semuanya,
Anak-anak buah yang membahagiakan,

Namun,
Mana mungkin buat ku sahabat yang benar sahabat,
Kala ini aku seorang masa senang mahu pun masa susah,
Belum ada yang memahami diri ni,

Namun,
Ya Allah aku belajar untuk reda dan sentiasa bersangka baik pada ketentuanMu,
Mujahadah itu pahit namun hasil nya manis,
Ya Allah sabarkan aku kuat kan aku,
Dalam aku mengharungi hidup penuh kesunyian ini,
Yakinkan aku Engkau sentiasa ada untuk ku,
Dikala susah atau senang,dikala sunyi dan kesepian,

Namun,
Dalam mempositifkan diri ketahap yang maksimum,
Aku rebah jua Ya Allah,
Betapa diriku ingin kasih sayang,
Inginkan belaian keluarga dan yang tersayang...
Yang kala ini hanya mampu jadi angan-angan saja..........

Comments

Popular Posts