Sunyi Sekeping Hati

Bismillahhirrahmannirrahhim,
Tu tajuk yang Ustaz Pahrol post hari ni,sama juga dengan hati aku tapi post  Ustaz Pahrol  mencerita seorang  lelaki yang kehilangan cinta.Betapa kita tidak ketahui bila Allah akan menguji kita.Dalam post tu lelaki ni dah berumur dan perkahwinan memang dah lama namun isteri dia mula mencari cinta baru.Sayu aku membaca nya namun lain lah dengan hati aku.Setiap hari memang aku rasa sunyi dalam keramaian yang ada.Namun siapa yang mampu faham apa yang aku rasa.Cuma aku dan Penciptaku yang faham apa yang aku lalui sekarang.Rutin harian yang hambar buat aku kekadang rasa tak semangat dan teruskan hidup.Tapi aku tak boleh berasa macam tu sebab sebagai hamba aku tahu RahmatNya banyak buat aku.Hati......ermmmm apa yang patut aku buat bagi mengubat hati yang lara ini.Adakah caraku dekat pada Allah tu salah,adakah cara hidup aku sekarang ni salah,adakah....aduhai berapa banyak soalan dalam diriku ini yang tidak berjawab.Kadang aku rasa aku dah memaafkan orang yang dah melukakan hati aku kerana aku mahu hidup aku jauh dari rasa dendam dan aku juga boleh bahagia macam orang lain.Namun sesekali  bila melihat kebahagiaan hidup orang yang dah melukakan hati aku,hati ku mula terdetik adil ke? bila orang yang dah luka kan hati orang lain itu hidup senang je sedangkan aku masih juga macam tu....Rupa nya hati ku masih sakit Ya Allah.Bagaimana aku harus teruskan hidup dengan hati yang sakit ini....aku sunyi Ya Allah.Aku tidak pasti lagi apa yang patut aku usahakan.Apa yang aku paling perasan sekarang ni aku tak boleh tengok budak hati aku mula bergolak je.Aku ingin ada keluarga yang diuruskan setiap hari,ada keluarga yang hendak diambil berat.Aku memang masih ada ibu dan ayah namun tu lain....aku masih jadi anak yang jaga segala keperluan ibu dan ayahhku.Namun aku juga manusia yang ada keperluan dalam hidup.Aku ingin jadi manusia yang ada orang rasa aku penting dalam hidupnya,ada orang yang ambil berat,teman masa susah dan senang.....adakah aku hanya mampu bermimpi aje untuk semua tu...Ya Allah kadang aku rasa terlalu lemah dalam ujian Mu....andai ujian ini melemahkan iman ku..Tolonglah aku mengatasinya Ya Allah.....aku tidak sanggup untuk putus asa dan jadi hamba yang mengingkari perintahMu...Ya Allah beri aku jalan dalam masalah yang hampir buntu ini....

Comments

Popular Posts