1434H

Bismillahhirrahmannirahhim,
Alhamdulillah masih diberi nikmat untuk menyambut maal hijrah 1434.Mungkin ramai yang punya pelbagai hijrah dalam diri, namun aku seperti biasa aku masih pada yang lama, mahu jadi hamba yang terbaik.Masa berjalan dengan cepat sekali.Kekadang apa yang diinginkan  dan diazam kan tidak tercapai dalam masa setahun.Kadang aku rasa malas nak target apa2 dalam setahun tu.Kerana aku rasa lebih baik aku ikut perancangan Allah yang tidak akan buat aku kecewa.Aku tahu kadang hati terasa kala melihat kebahagian hidup orang lain,saban waktu  aku lihat ada saja perubahan hidup orang lain yang aku lihat.Dari seorang kini berdua,dari tidak berpangkat sudah berpangkat,macam-macam perubahan yang aku lihat.Cuma aku diri aku yang aku rasa macam tu jugak.Dalam masa 3 tahun ini aku masih seperti tu,tiada banyak yang berubah setiap hari rutin yang sama dan aku boleh lihat betapa rutin  hidup orang lain berubah.Kadang diri tertanya-tanya bilakah ada rutin baru buat ku.Namun aku hanya mampu pasrah dengan segala takdir Allah kerana itulah yang terbaik buat ku.Walau menangis airmata darah sekalipun andai itu qada dan qadar ku aku harus reda menerima.Cuma hati kecil ku sentiasa berharap agar aku dapat istiqamah dalam berbuat segala kebaikan dan aku boleh menjadi hamba yang taat yang cintakan Allah dan Rasul.

Comments

Popular Posts