Palestin




Bismillahhirrahmannirahhim,
Disana-sini ramai yang marah atas tindakan Israel meyerang Palestin tanpa rasa belas ihsan.Ramai kanak-kanak dan orang tua yang tidak berdosa dibunuh begitu saja.Itulah Israel memang sudah kita ketahui sifat kejam yang ada pada mereka tidak dapat disangkal lagi walau oleh kuasa besar dunia Amerika...Namun jangan mudah rasa menang didunia kerana ada tempat yang kekal abadi diakhirat sana.Disana nanti tahulah mereka apa nasib mereka.Aku sendiri rasa sedih pada yang telah dibunuh tanpa belas kasihan tu dan rasa amat marah dengan tindakan Israel yang tidak berperikemanusian.Namun cara kita untuk tunjuk rasa sedih dan marah tu bukan dengan memboikot satu-satu produk saja.Hari ni saja ramai yang semangat memboikot restoran makanan segera McD di Malaysia memboikot tanpa mengambil kira dan berfikir apa akan jadi dengan pekerja dan pemilik yang beragama Islam.Kadang aku rasa hairan dan tak faham bila sebut bab nak memboikot dan dan tunjuk perasaan yang konon-konon nak membela nasib rakyat Pelastin ada orang islam ni bukan main lagi lagaknya tapi yang sedih apa yang patut dia buat dia tak buat.Maksud aku dari segi solat nya,puasanya dan pelbagai lagi yang wajib dikerjakan.Aku tidak mengatakan yang kita tidak boleh menzahirkan rasa tidak puas hati kita pada Israel kerana itu patut sebab rasa sayang kita pada saudara seislam dengan kita tapi jangan pulak cara kita menganiaya saudara islam kita yang lain.Maka berpada-padalah dalam kita menzahirkan sesuatu.Lebih baik kita sempurnakan solat kita dan perbanyakkan solat hajat agar saudara-saudara diPalestin sentiasa dilindungi Allah.Aku rasa Allah lebih tahu apa yang Dia hendak uji hamba-hambaNya diPalestin.Aku sendiri tak tahan menahan sebak bila melihat anak-anak yang dibunuh dengan kejam namun Allah Maha Kuasa Dia perbanyakkan lagi rakyat Palestin.Bunuhlah berapa banyak pun oleh Israel namun kuasa Allah tu lagi kuat maka tidak akan habis kaum Palestin dimuka bumi ini selagi belum kiamat.Buat saudara-saudara ku diMalaysia,ada banyak cara untuk kita memzahirkan rasa benci kita pada Israeel kadang yang keras tidak boleh dilawan dengan keras namun ianya hanya boleh ditumpaskan dengan kebijaksanaan.Seperti Rasul junjungan kita,kalau kita baca kehidupan beliau,dia tidak akan menyerang musuh dengan sewenang-wenangnya.Namun ada strategi dan ilmu untuk menentang musuh islam ni.Sama juga dengan musuh paling dekat dengan kita iaitu nafsu.Kena mujahadah sesabar yang maksimum.Muhammad s.a.w juga pernah memberitahu senjata orang islam adalah berdoa jadi jangan berhenti berdoa buat saudara-saudara kita kerana mungkin doa kita boleh meringankan kesakitan diaorang.
Wallahualam......

Comments

Popular Posts