Wajah Kesayangan Hamba

Masuk hari ke-4 puasa.Alhamdulillah aku lalui dengan baik walaupun keseorangan namun aku tanamkan kekuatan dalam hati Allah itu sentiasa ada bersamaku.Bulan puasa ni apa yang dirindu sangat adalah yang disebelah tu.ermm.....rindu tu bagai nak pecah dada tapi apa boleh buat berkhidmat untuk negara katakan.Bulan puasa ni saat berbuka dan saat sahurlah yang paling best bila ada bersama-sama dengan family.Bila berbuka mak selalunya masak yang simple je,kadang bubur ayam,sayur rebus ikan goreng atau ikan masak kuning (yang ini aku yang bagi nama,nama masakan tu adalah ikan masak singgang he..he..he..)perut berbunyi dah puasa-puasa cakap pasal makanan mana tak berbunyi perut.Mak selalu pesan jangan beli kuih banyak sangat takut tak habis tapi aku bila balik keja (waktu tu keja kat sana lagi) mata ni memang rambang iyo-iyo oo tanya mak nak makan apa tapi belinya semua selera aku (sorry mak) tapi mak tak banyak cakap tu yang best nya mak aku ni.ok tu cerita aku yang akan beli pelbagai kuih belum masuk dengan airnya abc nya macam nak kenduri tak fikir apa janji rock....he...he..sampai dirumah, tu dia aku tengok kakak no2 dah beli macam-macam lagi banyak dari aku.So apa yang dibeli mak kata bahagi-bahagi dan sedekah kat jiran-jiran jugak.Alhamdulillah tak le membazir sangat.Namun apabila tinggal sorang ni apa pun aku tak lalu nak makan nak p bazaar ramadhan pun aku tak ada mood.Aku jadi rajin masak sendiri.Terpaksa kalau tak mati kering.Nasib baik minat memasak tapi tak le pandai sangat saja suka merapu-rapu masak nya.Kat kampung bila time berbuka rumah aku meja penuh je tapi bukan makan habis pun tapi time nilah kadang macam perang dunia ke-3 sebab dok kalut jugak dengan anak-anak sedara yang kecik-kecik lagi (chik ya miss u all) hilang stress tengok budak kecik walau diaorang memenatkan.Bila time berbuka saat nak menjamu selera itulah masa air tumpah,yang sorang nak tu yang sorang nak ni tapi yang best nya mak dan ayah cool je macam tak ada apa yang berlaku tapi kakak ku he..he..he..macam dinasour.Rindunya aku saat itu.Bila time sahur tinggal kami je aku,mak,ayah dan adik-adik lelakiku.Tenang sikit waktu ni.Aku selalunya kalau sahur kat kampung selera lain macam je makan bertambah-tambah orang lain time-time sahur tak ada selera aku bukan main lagi walau hanya mak masak ikan bilis goreng cabai dan kicap.Fuhh....sedap siot...Takpelah walau permulaan puasa aku tak bersama diaorang aku tahu diaorang ingat kat aku lebih-lebih lagi sekarang dah pandai masak (puji diri sendiri) he..he..he..mak ...ayah diharap kalian sihat dalam mengharungi bulan puasa ni doakan anaknda baik-baik kat sini ya.Love U Both....

Comments

Popular Posts