Sahabat 2

Assalamualaikum, Dah masuk hari ke-3 puasa.oklah nak sambung sikit pasal sahabat yang aku sayangi tu.Hati ni dok ingat dia je.Memang ada masa aku sakit hati sangat bila ingat apa yang dia buat tapi sekarang aku mula belajar memaafkannya sebabnya dunia kita ni sementara je sampai bila aku nak rasa sakit hati yang tidak bawa bahagia pun padaku.Tapi tulah mungkin masih ada benda yang tak selesai lagi dengan dia buat aku kekadang mimpikan dia dan aku sendiri tak faham maksud mimpi tersebut mudah-mudahan dia dilindungi hendakNya. 2010 Aku berhenti takat dia lari masa bulan puasa.Dari awal tahun atau yang lebih detail lepas sahabatku bertunang kakaknya memang buat peragai macam-macam yang mahukan aku tak berkawan dengan adiknya aku pun tak faham dari sejak itu apa silap yang telah aku buat dekat kakak sahabat aku itu.Hingga masuk bulan puasa terbongkar peragai sebenar kakak sahabatku.Masa balik bulan puasa itu lah dia mengungkit segala perbuatanku aku sendiri masih ada tanda soalan kenapa boleh jadi seperti itu sedangkan selama ini dia mengaku aku sebagai keluarganya sendiri.Selepas aku melihat sahabat ku itu lari hati ku hanya Allah yang tahu.Aku jadi tak tentu arah.Aku mencari sahabatku ini ke semua tempat yang pernah dia pergi.Aku msg dan call tak berjawab.Ya Allah apa sebenarnya apa salahku Ya Allah.Aku berlagak seperti tidak ada apa yang berlaku namun diwaktu berbuka amat dahsyat layanan kakak sahabatku itu aku hanya berbuka air kosong sahaja kerana tidak seorang pun mengajak aku berbuka apatah lagi kakak nya yang memang dah menunjukkan muka bengis kepadaku.Malam itu jugak aku keluar dari rumah itu dengan tidak tahu hendak kemana.Aku kemaskan apa saja barang yang ada dan ada lagi yang tinggal.Ya Allah aku tidak tahu bagaimana rasaku saat tu.Setiap kali teringat saat itu hatiku meraung minta penjelasan kenapa begitu sekali orang yang aku anggap sahabat dan keluarga buat aku seperti itu. Tahun yang sama aku balik raya ke pangkuan keluarga ku.Alhamdulillah walau seorang sahabat buat aku seperti itu keluarga amat kasih padaku.Aku yang bersalah kerana gelap mata hati untuk seorang yang tiada talian dalam hidupku namun aku tidak menyalahkan orang lain kerana ini salahku.banyak lagi benda yang berlaku namun aku tidak mampu mencoret lagi hatiku rasa sebak dan pilu disamping rasa yang amat rindu pada sahabat ku.Ya Allah aku maafkan dia dan semoga satu hari nanti silaturrahim kami bertaut kembali.

Comments

Popular Posts